Weight Loss Journey (Part 2) - Minggu Pertama Diet Intermittent Fasting

Assalamualaikum and Hi! Seperti yang dijanjikan from previous post, kalini kami nak share kepada semua tentang pengalaman minggu pertama kami buat Intermittent Fasting (IF) dengan Dietary Supplement (Makanan Tambahan) yang kami ambil iaitu Shaklee Hello New You Set untuk membantu kami mengamalkan IF sambil menurunkan berat badan secara sihat. 



Pada masa yang sama, kami juga ada mengambil supplement seperti B Complex, Vitamin C dan Vita Lea untuk cukupkan nutrisi harian kami dan untuk mendapatkan kesan yang optimum.  Paling penting sekali niat dan matlamat kami adalah nak sihat kerana Allah. 





Actually, ramai kawan-kawan yang tanya soalan seperti "korang ambil set Shaklee apa utk buat Intermittent Fasting ni?" and ada juga yang tanya "Dah sebulan buat IF tak letih ke?" πŸ˜…


Hello New You Set
(Cinch Chocolate, Omega Guard, Lecithin, HerbLax)


Haaa jawapannya, Alhamdulillah, kami pon xsangka sangat2 dapat istiqamah buat Intermittent Fasting ni (including today dah 1 bulan 8 hari buat IF) and surprisingly energy makin bertambah dan badan memang terasa semakin ringan! Ya Allah gembiranya, syukur Alhamdulillah. Boleh klik link ni untuk tengok πŸ‘‰πŸ» Recap January Week 1 yang kami update di Instagram. Boleh la juga follow journey kami melalui akaun Instagram @sumailee πŸ™ŒπŸ»


Back to our story, first day kami buat Intermittent Fasting ni adalah pada 1 January 2023 di mana kami start pada pukul 8.30pm sehingga 8.30am keesokan harinya. Kiranya 12 jam berpuasa tidak makan (hanya minum air masak dan air panas seperti teh o atau kopi kosong tanpa gula) dan 12 jam eating window di mana kami makan nasi dan lain2 seperti biasa. Semasa berbuka pada jam 8.30am, kami terus ambil Cinch Shake dulu dan pada pukul 12pm, kami lunch nasi berlauk macam biasa. Secara ringkasnya, jadual pemakanan kami ketika IF adalah seperti yang disarankan dalam gambar di bawah πŸ‘‡πŸ»


Sebelum saya start buat Intermittent Fasting ni, saya ada baca banyak pengalaman orang2 lain ketika buat IF sebagai contoh ada yang boleh buat seminggu je lepas tu xlarat sebab craving teruk dan ada juga yg xtahan sebab jadi pening kepala dan lain2 hal yang membuatkan agak sukar utk istiqamah buat IF ni. Saya pon aware yg saya mmg ada masalah gastrik tapi since saya dah pernah consume Shaklee ESP dan Life Shake utk bantu masalah gastrik saya, jadi saya xrisau tentang hal ini.

πŸ“ŒFirst day IF was okay for both of us cuma ada rasa pening2 sikit dan selepas refer kepada master Wina (since master pon dah berjaya turunkan berat badan melalui IF ni) kami disarankan untuk increase water intake dan minum air masak secukupnya iaitu at least, 2L setiap hari. So kami pon follow lah and lepas minum air semua kami rasa lega dan boleh teruskan dengan aktiviti harian kami. 

πŸ“ŒAkan tetapi, pada hari kedua, ketiga, keempat, kami masih lagi rasa macam sedikit pening2, jadi kami baca lagi pasal Intermittent Fasting ni dan rupa2nya itu adalah antara tanda2 sugar withdrawal di mana body tgh hantar signal  penurunan gula dalam darah. Selain daripada itu, ianya juga dipanggil sebagai 'body adjustment' period dan ketika itu apa yang harus kita lakukan adalah bertenang, bersabar dan remind diri kita IF ni adalah proses yg sangat bagus untuk jangka masa yang panjang. 



Hari Ke-2 buat IF

Okay, itu sahaja secara ringkas pengalaman kami untuk minggu pertama buat Intermittent Fasting. Nanti kami sambung di next post pengalaman minggu kedua dan seterusnya, InshaAllah. Semoga dapat memberi info yang bermanfaat buat pembaca blog kami semua, Aamiin. 🀲🏻😊 

Oh ya, kalau nak tahu apa antara kebaikan Intermittent Fasting ni, boleh juga baca info menarik di sini πŸ‘‰πŸ» Pernah dengar mengenai Intermittent Fasting? 

Dan kalau nak tau lagi detail macam mana Hello New You Set ni boleh bantu kita mengamalkan Intermittent Fasting, boleh Whatsapp je sumai ya. lepas tu cepat2 dapatkan Set Kurus Shaklee dengan harga yang MURAH BULAN FEBRUARI INI OKAY! FREE Membership + FREE Postage + FREE 1 Canister Cinch Chocolate! Untuk order, click link di bawah ya πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

#MyNasShaklee #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor #pengedarshakleekualaterengganu #pengedarshakleebesut #blogmegaShaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023 

Comments

Popular Posts