Welcome to MyNasShaklee Weight Loss Journey (Part 1)

Assalamualaikum and Hi! Welcome to MyNasShaklee (Sumai & Annas) Weight Loss Journey! πŸ”₯πŸ”₯ Alright, since we have joined the Projek Blog Mega Shaklee 2023 kan, so why not kita manfaatkan blog ni untuk catatkan apa yang kami lalui sepanjang perjalanan untuk turunkan berat badan kami secara sihat melalui Diet Intermittent Fasting (IF) dengan bantuan Hello New You Set by Shaklee. 

Nanti next post kami cerita pengalaman minggu pertama kami buat diet Intermittent Fasting dengan set Shaklee ni okay. Anyway, kami start nak buat diet IF ni betul2 pada 1 January 2023. Gambar kt bawah ni sebagai tanda komitmen kami untuk achieve goal kami pada tahun ini, InshaAllah. May Allah ease our journey, Aamiin. 🀲🏻😍


1 Jan 2023, kami bergambar di hadapan Shaklee Shop, KB dengan Master Wina (kakak ipar), Master Ibrahim (abang) dan keluarga.


Dalam post ni sumai nak cerita macam mana kami boleh start menjadi pengguna Shaklee. Sebenarnya kami (Sumai dan Annas) memang dah lama niat nak diet untuk turunkan berat badan sebabnya selepas kami berkahwin pada tahun 2018, kami banyak sangat pergi makan2 dan tak jaga pemakanan kami. 

Bayangkanlah, kalau hari cuti tu, pukul 2 pagi terasa nak makan ayam goreng McD pon sanggup kami bersiap2 and pergi beli semata2 nak puaskan nafsu makan tu.. hehehhe pastu portion makan pun xjaga.. haaaa tulah penyebab berat badan kami naik secara mendadak! Sumai yang awalnya berat dalam lingkungan 49kg tu slow2 naik sampai ke 57kg. Anas pulak before kahwin memang dia diet dan exercise and berat badan dia dalam lingkungan 90kg before and after naik slow2 jadi 112kg. Aduhhh, jom tengok gambar 2017 vs 2018..betapa sekejapnya berat badan ni naik πŸ˜‚ 



Walaupun peningkatan berat badan tu ketara dan ramai sangat orang terdekat yg tegur, tapi kitorang macam xde la rasa apa2 sangat sebab macam enjoy je happy g mana2 berdua and dapat makan macam2 sama2. Foodie couple lah gituuu.. Mak sumai memang selalu pesan, jaga2 dengan naiknya berat badan dan hati2 bila xjaga pemakanan sbb tu boleh jdi punca banyak penyakit bila kita ada lemak berlebihan. 

Tapi tulah, kami masih tak berubah2...sampailah pada bulan April tahun 2019, sumai melalui kesihatan yang sangat merosot πŸ˜” - setiap hari pening kepala yg berpanjangan, sakit sendi kaki, kebas2, bila bangun tidur tapak kaki sakit, sesak nafas symptom2 gerd tu semua ada lah sebab mmg dri dulu sumai ada gastrik. 

So kami pun pergilah check di Klinik Kesihatan banyak kali buat test itu ini dan akhir sekali Dr pun decide untuk refer ke Dr Pakar. Tapi before dia refer tu dia ada cakaplah yang sumai ni muda lagi, jadi dia nasihatkan ubah cara pemakanan dan lifestyle. Kurangkan makanan junk food dan rajin2 lah exercise. Sumai pon angguk2 sambil dok fikir ehhh ni sebijik skrip mak saya..hehhe tulah mak kan selalu dah berbuih bagi nasihat tapi nak juga enjoy2 xingat dunia kan..

Okaylah, so lepas dengar nasihat Dr ni kami pon bergerak lah ke Hospital Serdang nak buat appointment dengan Dr pakar. Tapi bila masuk dalam hospital tu sumai tengok mcm "ya Allah, ramainyaaaa orang yg sakit terok" 😰. Lepas tu terdetik dalam hati mcm ehhh why not aku ubah dulu habit pemakanan dan gaya hidup and if masih lagi banyak masalah kesihatan then barulah jumpa Dr pakar. Masuk kereta terus cerita dekat husband and dia pon setuju sangat dengan keputusan tu. 

Beberapa minggu lepas tu iaitu pada bulan May 2019, kami pun pergilah Penang and tidur rumah Master Wina and Master Ibrahim. Time tu cerita lah pasal concern sumai ni di mana bila buat test semua result normal tapi hari2 terganggu dengan sakit kepala, kadang2 gastrik, sakit sendi dan sebagainya. Jadi, kak Wina pon suggest la satu set Shaklee pada sumai πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» 

May 2019 : My First Shaklee Set

Balik KL terus whatsapp bestfriend bagitau nak consume Shaklee..hihi semangat betol! Ye lah, bila kita dah sakit baru tau betapa berharganya nikmat sihat ni. Long story short, selepas sumai konsisten ambil Shaklee ni setiap hari, memang ternyata Shaklee ni sangat berkesan dan kesihatan sumai menjadi semakin baik, Alhamdulillah. Tengok tu muka ada senyum panjat our first bukit (Bukit Besar, KT and Bukit Singa, Pulau Kapas) back in 9th & 10th Oct 2020. πŸ’ͺ🏻🀩


#MyNasShaklee #blogmegaShaklee #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor

Comments

  1. Alhamdulillah semoga kita istiqamah jaga kesihatan kita sekeluarga, happy sharing😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal alamin.. Alhamdulillah syukur 🀩🀩😍😍

      Delete
  2. Tahniah.. anda Makin slim dan cun..nampak betul vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Yati! Alhamdulillah, yang penting makin sihat juga lepas makan Shaklee ni Alhamdulillah 😍😍😍

      Delete

Post a Comment

Popular Posts