Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Jerawat

Assalamualaikum and hi semua! Sumai nak tanya la dalam bulan puasa ni, adakah anda mengalami kulit jerawat, kulit kering, atau kulit anda tampak kusam? Haa, jangan risau kerana anda tidak keseorangan dan ada solusi untuk dapatkan kulit cantik, sihat dan glowing untuk raya nanti. Waahh, best kan! Sebab tulah harini sumai nak share dengan anda semua rahsia nak dapatkan kulit cantik sihat dari dalam dan berseri dari luar.


Okay, pertama sekali saya pilih tajuk ni iaitu vitamin cantik untuk kulit jerawat sebab saya sendiri pernah mengalami masalah jerawat yang sangat teruk lepas SPM dulu dalam linkungan usia 17 tahun dan ke atas. Dalam gambar tak nampak sangat la sebab tutup dengan tudung banyak. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Bila fikir2 balik memang rasa kesian dekat diri sendiri tapi pada masa yang sama rasa bersyukur sebab sekarang saya boleh bantu pula orang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama. Ni ada la 1 gambar waktu umur 18 tahun graduasi dekat sekolah menengahku yang tercinta - SEMASHUR. 

Sumai - 2009 @ SEMASHUR


Sekarang saya dah berusia 32 tahun dan masalah jerawat ni dah banyak sangat berkurang lah especially lepas saya jumpa dengan Dr Pakar pada usia 21 tahun di mana saya ada ambil antibiotik selama 6 bulan dan lepas jerawat dah surut, barulah saya disarankan oleh Dr Pakar tersebut untuk maintain dengan mengambil supplement yang boleh membantu saya dalam proses pemulihan ini. 

Since then, pelbagai supplement yang sumai cuba dan sumai dah jumpa vitamin kulit yang bagi kesan yang sangat efektif pada kulit dan kesihatan sumai secara menyeluruh. Nak tau tak apa yang saya ambil? Haa, jom baca sampai habis okay!


Sumai and Annas - 2022 @ GUNUNG KERUNAI


Masalah Orang Kulit Jerawat

Since sumai dah melalui fasa jerawat teruk ni dari zaman remaja, so in my opinion, antara masalah terbesar untuk orang kulit jerawat ni adalah mencari produk yang sesuai yang boleh kurangkan jerawat tu. 

Based on my own experience dan kawan2 yang mengalami masalah jerawat ni, journey nak mencari produk ni sangatlah mencabar dan makan masa bertahun2 lamanya. Hal ini kerana,  kita akan cuba macam2 produk dan belanja banyak duit untuk dapatkan kesan yang kita nak. 

Nak cuba produk ni pulak ambil masa tau sebab kena bagi kulit sesuai dulu and pakai secara konsisten, barulah kita boleh tengok hasil tu. Tapi kan, kadang2 menjadi sekejap pastu timbul balik si jerawat2 tu atau kadang2 jadi makin teruk! Apa yang orang suggest, itulah yang kita cuba. So lepas cuba 1 produk, kita cuba pulak yang lain. Alahai, sampai ke sudah la proses trial and error tu - ulang2 je cycle tu. 

Last2 kita pon rasa macam down sebab tak nampak pon kesan tu pada kulit kita. Duit pon habis and kulit pon kadang2 jadi makin teruk atau makin sensitif sebab dah sapu macam2 kan. Stress sangat tau bila jadi macam ni dan bila dah stress tu agak2 kulit makin cantik ke makin tambah jerawat2 tu? Huhu. 

Jadi, tahukah anda kenapa kadang2 bila kita dah pakai semua skincare yang disyorkan tapi jerawat masih lagi tak surut2? 

Jawapan yang sumai pernah dapat dari Dr Pakar yang sumai jumpa tu adalah, untuk kebanyakan kulit jerawat teruk ni, merawat dari luar sahaja tidak mencukupi dan kita kena merawat dari dalam juga. Malah, ada kajian (Pullar et al., 2017) yang menunjukkan bahawa merawat dari dalam juga sangat penting dan berkesan untuk kulit kita daripada penggunaan topikal sahaja iaitu dengan menggunakan krim atau produk2 yang sapu pada luaran kulit. Haa, menarik kan info ni!




Jadi, bagaimana Set Healthy Rahmah boleh membantu anda mengatasi masalah Kulit Jerawat dari dalam?

Okay, dalam set Healthy Rahmah ni ada 2 nutrisi yang sangat penting untuk kesihatan kulit anda iaitu: 

1️⃣ ESP - Energizing Soy Protein

2️⃣ Vitamin C - Sustained Released Vita-C Plus




Tahukah anda bahawa kulit anda memerlukan kolagen untuk kelihatan gebu dan sihat. Kolagen pula bertanggungjawab untuk menebalkan kulit anda dan memastikan ia bersih, dan ia memberikan struktur kepada tisu kulit anda. 

Apa kaitan kolagen dengan protein? 

Protein penuh dengan asid amino yang menghasilkan kolagen dalam badan anda. Jadi makanan yang kaya dengan protein adalah penting jika anda ingin meningkatkan dan menguatkan tahap kolagen anda dan memastikan kulit anda kelihatan licin, bersih dan bebas daripada jerawat dan kedutan. 

Badan kita pula memerlukan 21 jenis asid amino yang berbeza untuk berfungsi dengan betul, tetapi kita tidak dapat menghasilkan asid amino dengan sendirinya, jadi adalah penting ia diperoleh daripada makanan yang kaya dengan nutrisi. 

Haa, so anda nampak kan yang badan kita sangat perlukan protein yang kaya dengan asid amino kerana badan kita tak boleh menghasilkan asid amino sendiri sedangkan ianya sangat penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab tulah bila tak cukup protein, memang akan ada masalah pada kulit! 

Kenapa ESP adalah protein yang terbaik untuk mencantikkan kulit? 

ESP ni memang terbaik kerana ianya mengandungi 6 kandungan utama bagi membantu mencantikkan kulit kita iaitu : 

✔️Protein

✔️Niacin (Vitamin B3)

✔️Thiamine(Vitamin B1)

✔️Ribofalvin(Vitamin B2)

✔️Pyrodoxine(Vitamin B6)

✔️Asid Pantotenik(Vitamin B5)


🌟 Manfaat ESP untuk Kulit Cantik 🌟

Isoflavone dalam ESP merangsang pembentukan kolagen semulajadi pada kulit

Mencantikkan dan mencerahkan kulit

✅ Mengembalikan keremajaan kulit 

✅ Mengurangkan stretchmark

ESP membantu mengurangkan masalah parut jerawat di mana parut itu terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel kulit mati

✅ Menggalakkan penghasilan sel kulit yang sihat

✅ Mengurangkan masalah sunburn



Apa pula kaitan kolagen dengan Vitamin C?

Seperti yang kita tahu, kulit kita diperbuat daripada kolagen dan elastin, iaitu protein yang memberikan struktur dan keanjalan. Apabila usia semakin meningkat, pengeluaran kolagen semakin berkurangan dan kulit kita akan kelihatan kurang tegang. Banyak kajian yang membuktikan bahawa Vitamin C boleh membantu menegangkan kulit kita. Haa, menarik kan! 

Vitamin C yang juga dikenali sebagai ascorbic acid ialah antioksidan larut air yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun dan kesihatan kulit kerana keupayaan perlindungan dan melawan radikal bebas. 

Tahukah anda bahawa badan manusia tak boleh mensintesis vitamin C sendiri. Jadi, ia hanya boleh diperolehi melalui supplement atau dalam makanan. Pakar Diet, Amy Fischer ada mengatakan bahawa pengambilan Vitamin C boleh menggalakkan pertumbuhan kolagen dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Basically, vitamin C sangat membantu mengekalkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Kenapa Sustained Released Vita-C Plus  adalah yang terbaik untuk mencantikkan kulit? 

Ianya adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung dan diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan lagi keberkesanannya dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang dikenali sebagai Vitamin C complex.

Untuk pengetahuan anda, Bioflavonoid ni adalah antioksida yang hanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sitrus. Ia berfungsi bersama Vitamin C untuk membantu penyerapan yang lebih baik! 

Nutrisi 1 tablet Vita-C plus pula bersamaan dengan 7.5 buah oren atau 6 cawan brokoli atau 119 biji lobak merah. Wow, banyak tu! 

Peranan vitamin C penting sebagai perlindungan antioksidan. Vitamin C juga berfungsi untuk menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan daripada radikal bebas, membantu penyembuhan luka dan menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.

Selain itu, Vitamin C Shaklee ni sustained release di mana ia merupakan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam dan di serap melalui air dalam badan. Jadi, 100mg akan dilepaskan setiap jam dan hal ini kerana badan hanya mampu menyerap 100 - 200mg sahaja setiap 1 jam. So, takdelah pembaziran yang berlaku atau "expensive urine" bak kata Dr Redza. 

Malah, ianya sangat sesuai untuk perut sensitif dan tidak akan ganggu sistem buah pinggang. Sebab tu lah sustained release ni berbeza tau dengan vitamin C lain yang larut 100mg sahaja dalam air dan selebihnya larut melalui buah pinggang.


🌟 Manfaat Vitamin C untuk Kulit Cantik 🌟

Membantu dalam penghasilan kolagen

✅ Mencerahkan kulit wajah, memudarkan parut jerawat

✅ Melambatkan proses penuaan kulit

✅ Agen anti-radang dan penyahpigmentasi

✅ Tinggi antioksidan bantu baiki kulit berjerawat

✅ Melindungi dari sinar UV

✅ Kurangkan kedutan, melegakan kulit kering dan kasar


🌟 Feedback customer yang dapat kulit cantik setelah ambil Set Duo Healthy Rahmah (ESP + Vitamin C) πŸŒŸ









Apa lagi vitamin (cantik dari dalam) atau skincare (berseri dari luar) yang sangat membantu untuk atasi masalah Kulit Jerawat?

3️⃣ Zinc Plus Shaklee

Tahukah anda bahawa Zinc penting untuk kulit sihat bebas jerawat. Hal ini kerana, Zinc boleh mengawal hormon tostesteron yang mana jika ia tak seimbang boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, ianya juga penting untuk penghasilan kolagen dalam badan.

Zinc juga boleh mengelak pertumbuhan bakteria. Terutama jika ada liang pori yang besar dan terbuka luas, ia boleh bantu mencegah bakteria tumbuh seterusnya boleh elak kulit berjerawat. Ia juga boleh membantu melegakan kulit yang sensitif.

Secara ringkasnya Zinc Plus Shaklee ini bagus untuk kulit bebas jerawat!


4️⃣ Omega Guard Shaklee - EHA & DPA, Omega-3 Fatty Acids 

Tahukah anda bahawa supplement Omega 3 boleh bantu untuk mengurangkan parut jerawat. Dr Ingky, seorang Dermatologist menyatakan bahawa Omega 3 boleh tambahkan kolagen dalam parut jerawat anda dan akan bantu baiki masalah kulit anda. Malah, pengambilan supplement omega 3 sewaktu anda ada jerawat aktif boleh bantu mengurangkan parut jerawat merah.

Selain itu juga, Omega Guard dapat memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan psoriasis. Ia juga dapat mengurangkan inflamasi pada kulit akibat kemerahan dan kegatalan dan bertindak membaiki simptom alergi kulit.


5️⃣ Shaklee Youth SkinCare

Tahukah anda bahawa kajian klinikal menunjukkan bahawa Youth SkinCare by Shaklee terbukti berkesan dimana ia melibatkan analisa terhadap 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi:

✅ Kedutan di wajah

✅ Saiz pori di muka

✅ Tone warna kulit

✅ Ketegangan kulit

✅ Tekstur kulit

✅ Pigmentasi pada wajah

✅ Kecerahan kulit

🌟 Keistimewaan Youth SkinCare Shaklee 🌟

Yang paling penting, Youth by Shaklee telah dihasilkan dengan teliti selama 8 tahun dimana ianya:

• Mempunyai 8 Patent Khas

• 100% dari Tumbuhan

• BEBAS Gluten

• BEBAS diuji dari Haiwan

• BEBAS daripada 2500 bahan kima yang terlarang dimana boleh merosakkan kulit wajah.

Haaa best kan? Shaklee masih memegang moto mereka dan memastikan produk yang dihasilkan benar-benar terbukti berkesan, selamat dan semula jadi.


πŸ“’πŸ“’ PROMOSI TERHANGAT BULAN APRIL 2023 - SET HEALTHY RAHMAH UNTUK KULIT CANTIK BERSERI DI HARI RAYA‼️ πŸŽ‰πŸŽ‰

Yes, ini yang saya sangat2 nantikan sebab bulan April 2023 ni, Shaklee ada buat promosi sempena nak persiapkan kulit cantik untuk Raya nanti. Harga set ni memang rahmah sungguh laaa... FREE MEMBERSHIP pula tuu.. So cepat2, jom order sekarang dengan sumai okay! Klik link di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ”₯πŸ”₯😍😍




πŸ“ŒFor those yang nak dapatkan Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


πŸ“Œ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami πŸ‘‡πŸ»

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#nextlevelblogging

#setrahmahshaklee2023

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Comments

  1. Wah...berbaloi ada promosi macam ni...rugi x grab ni..nk cantik sebelum raya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kulit sumai dah makin cantik sgt ada beza kan bila. kulit cukup protein

    ReplyDelete
  3. Best sangat Sumai bila dapat kulit cantik sihat dari dalam dan berseri dari luar. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Berbaloi beli set kulit rahmah ni. Ada byk feedback positif pengguna termasuk saya sendiri. Nampak perubahan kulit sebelum dan selepas consume vitamin shaklee

    ReplyDelete
  5. Best baca sharing Sumai πŸ₯°

    ReplyDelete
  6. berbaloi sangat set rahmah ni. rugi tak dapatkan sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts