5 Tips Kurus Dengan Cepat Cara Saya

Assalamualaikum and hi semua! Dalam previous entry sumai dah janji nak share dengan anda bagaimana kami dapat turunkan berat badan secara sihat dan kurus dengan cepat. For your info, since January 2023, kami telah mulakan journey ini which means kami sudah hampir 4 bulan istiqamah mengubah gaya hidup serta tabiat pemakanan kami. 

Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang berlaku kepada mental dan fizikal kami dan sebab itulah sumai excited sangat nak share dengan anda 5 tips cara saya yang boleh anda amalkan untuk kurus dengan cepat. Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

RAMADAN DAY 9
DAY 91
since we started our weight loss journey with Shaklee Hello New You Set. 

5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT CARA SAYA

1️⃣ Intermittent Fasting (IF) atau Puasa Umat Islam (Dry Fasting)

Niat kami buat IF adalah untuk ubah tabiat pemakanan kami supaya disiplin dalam mengurangkan kekerapan pengambilan makanan. 

So awal2 kami buat IF ni, kami amalkan IF 12:12 selama 2-4 minggu supaya badan dapat menyesuaikan diri. 12 jam adalah waktu puasa dan lagi 12 jam adalah waktu makan. Normally kami buat from 8pm to 8am lah setiap hari. Tapi kalau dah teranjak masa tu pandai2 la kita cukupkan 12 jam tu. 

Then bila badan dah rasa sedap 12:12 ni, barulah kami amalkan IF kadang2 14:10 or 16:8. So waktu lunch dalam pukul 12-1pm tu lah baru kami berbuka. So far sumai yang perut gastric ni okay sangat lah buat IF sebab dah ambil cukup nutrisi dan supplement bakar lemak dengan Set Kurus Shaklee. So perut tak ada meragam langsung. Alhamdulillah. 

Bila kita amalkan IF beserta dengan Set Kurus Shaklee ni, memang nampak perubahan semakin kurus tu di mana badan tu semakin langsing, perut kempis, seluar lama dah longgar and baju pun makin banyak ruang. Fuhh rasa best sangat!



Anyway, kalau kita baca artikel2 tentang dry fasting (puasa umat Islam) vs IF ni, banyak je setuju yang dry fasting ni memang buat kita lose weight lagi cepat cumanya tidak ada banyak lagi kajian menyeluruh yang dijalankan tentang puasa ketika ini especially kajian tentang puasa cara Nabi SAW atau puasa umat Islam (dry fasting) di mana ianya masih di peringkat awal. 

Since kami dah pernah amalkan kedua2 jenis puasa ni, so in my opinion, dua2 pon ada banyak benefit kepada kesihatan kita dan boleh bantu kita untuk kurus. So, anda boleh la pilih sama ada nak buat IF atau Puasa macam dalam bulan Ramadan ni untuk kurus dengan cepat. 


2️⃣ Tinggalkan minuman bergula dan kurangkan makanan manis

Okay, yang ni memang sangat2 membantu sebab as you all know, minuman bergula atau makanan manis (dessert, ais-krim, cake dll) ni sebenarnya mengundang kepada sugar addiction. Bila badan ni dah terlebih gula pulak, itu yang akan buatkan kita jadi cepat lapar and rasa nak makan lagi dan lagi walaupun baru je lepas makan. 



Badan kita ni system dia sangat2 bagus Allah ciptakan. Ada 3 hormone penting yang terlibat dalam ni iaitu: 

Insulin - from pancreas dan muncul bila ada gula dalam badan supaya body boleh serap carbohydrate for energy. 

Ghrelin - okay ni hormone yang datang dari stomach untuk bagi signal lapar. For your info, nak sampai signal hanya mengambil masa yang sangat singkat tak sampai 1 saat! Fuh, sekejap betul kan. 

Leptin - hormone ni datang dari adipose tissue and berfungsi sebagai signal kenyang di mana akan mengambil masa 20 minit untuk signal ni sampai ke otak. 

Haa, sebab tu lah Nabi SAW ajar makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sebab kalau kita berhenti bila dah kenyang, maknanya kita dah terlebih kenyang lah tu since lama signal kenyang ni nak sampai ke otak. 




Macam saya bagitau awal tadi, bila kita ni terlebih makan atau terlebih gula, so insulin akan meningkat and bila ada excessive insulin, kita akan rasa cepat lapar dan lepas dah makan, kita akan nak makan lagi. 

Dan sangatlah penting untuk kita faham yang bila hormone insulin ni dah terlebih, maka ianya akan merosakkan hormone leptin (signal kenyang) dan bila leptin rosak, maka hormone2 lain juga akan turut rosak. Sebab tulah badan pun makin berat dan akan datanglah penyakit2 seperti high blood pressure, diabetes dan sebagainya. 

Jadi apa yang kami amalkan adalah tinggalkan minuman bergula dan gantikan dengan air kosong dan untuk kurangkan rasa craving kepada makanan manis, kami minum Cinch Tea Mix. Best dan sangat2 berkesan untuk kami. Alhamdulillah. 



3️⃣ Diet suku-suku separuh (DSSS)

DSSS ni bagi sumai mudah untuk kita amalkan bila kita dah start dengan point #2 ni di mana kita kawal gula dalam badan kita supaya ianya berada di paras yang normal dan tidak berlebihan. Jadi, takde lah masalah excessive insuline yang akan buatkan kita  rasa cepat lapar and masalah hormone leptin yang bagi signal kenyang ni rosak. 

So bila semua ni berfungsi dengan bagus, maka mudahlah untuk kita amalkan DSSS ni and cepat la badan kita nak kurus. Time berbuka pon kami amalkan DSSS ni and memang perut rasa sedap je bila nak solat terawih tu. Malam kami moreh la sikit2 buat alas perut sahaja. 



4️⃣ Bersenam atau Brisk Walking

Dalam bulan puasa ni, kami takda lah pergi brisk walking setiap hari tapi kami cuba consistent pada hujung minggu sahaja di mana kami start brisk walking dekat taman dalam 1 jam sebelum berbuka puasa. Ikutkan ini masa yang terbaik untuk bakar lemak sebab waktu ni badan kita dah kehabisan glycogen so badan terpaksa membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga senaman. 

Boleh baca selanjutnya ---> Panduan Senaman Bulan Ramadan by Coach Kevin Zahri

Selain daripada membantu kita untuk cepat kurus, bersenam ni ada banyak kebaikan untuk badan iaitu :

✅ Meningkatkan kecergasan fizikal

✅ Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan

✅ Meningkatkan kualiti tidur

✅ Mempertingkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan

✅ Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes

✅ Mengekalkan berat badan ideal

✅ Meningkatkan ketumpatan tulang

✅ Meningkatkan fungsi kognitif





Info Sihat Malaysia ada bagi list Saranan Aktiviti Fizikal bagi Umur 18 Tahun hingga 64 Tahun. Jom kita baca πŸ‘‡πŸ»

Aktiviti fizikal yang dicadangkan:

Boleh dibahagikan mengikut domain seperti aktiviti fizikal waktu senggang (contoh: membasuh kereta atau berkebun), perjalanan (contoh: berjalan atau berbasikal), pekerjaan, melakukan kerja rumah, bermain, rekreasi luar dan bersukan sama ada bersama dengan keluarga, rakan atau komuniti.

Tempoh masa:

Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Konsep kumulatif 150 minit seminggu merujuk jumlah masa yang dicampurkan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari secara berterusan. Misalnya 30 minit aktiviti fizikal tahap sederhana, 5 hari seminggu.

Individu dewasa yang tidak aktif pula, lebih baik melakukan sedikit aktiviti daripada tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Individu dewasa yang tidak mencapai keaktifan yang disarankan perlu lebih fokus untuk meningkatkan tempoh masa, kekerapan dan intensiti yang lebih tinggi.

Oh ya, kalau rasa susah sangat nak bersenam dekat luar rumah, boleh je kita buat aktiviti senaman dalam rumah supaya pembakaran lemak tu berlaku. Ye lah, nak cepat kurus kan, kenalah usaha lebih sikit ya. Bak kata omputeh, no pain no gain. πŸ’ͺ🏻


5️⃣ Pengambilan Nutrisi 

Tahukah anda, bahawa pengambilan nutrisi yang lengkap dan betul adalah sangat penting untuk bantu kita cepat kurus. Tapi kat sini kita kena hati2 juga sebab Dr Redza ada cerita dalam kelas Fasting for Weight Loss di mana ada sesetengah produk di luar sana yang menjanjikan instant weight loss di mana ianya berfungsi sebagai hunger surpressor dan bila orang ambil, orang jadi tak makan untuk jangka masa lama and diorg rasa macam oh wow senangnya nak kurus. Haaa sebenarnya yang ini sangat tak bagus dan tak membantu pon untuk jangka masa panjang. 

So kalau nak ambil supplement kena make sure ia bukanlah hunger surpressor tapi fokus kepada Fat Burning macam Set Kurus Shaklee ni atau dikenali juga sebagai Set Hello New You.

Basically, Set Kurus Shaklee ni dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan secara semulajadi, sihat, selamat dan tanpa kesan drastik melalui tiga konsep 3B, iaitu : 

✅ BAKAR 

✅ BUANG 

✅ BINA 

Dalam set ni ada 1 protein shake dan 3 supplement yang sangat best iaitu : 

CINCH - Bertindak sebagai agen pembina otot kerana ia mempunyai kandung leucine yg dapat menjaga tisu otot ketika proses penurunan berat badan. Ia juga akan memperlahan aliran makanan dalam usus yg menjadikan kita berasa kenyang dengan lebih lama dan kurang makan. Ia juga mempunyai INDEKS GLISEMIK yg rendah. Seperti yang anda tahu, makanan yg mempunyai nilai GI yg rendah akan membebaskan glukosa dengan perlahan-lahan dan akan meningkatkan glukosa dan hormon insulin secara berperingkat.

LECITHIN - Bertindak sebagai agen pemecah lemak ia akan membantu pecahkan lemak kepada tenaga, mencegah lemak terkumpul atau menempel kat organ-organ (visceral fat) serta menguraikan lemak supaya lebih mudah disingkarkan dari badan.

OMEGA GUARD - Bertindak sebagai agen pembakar lemak di mana ia membanru mengelakkan pembentukan lemak, menggalakkan pembakaran lemak, merendahkan tahap kolestrol serta mencegah saluran darah yang tersumbat.

HERBLAX - Bertindak sebagai agen Detox dan buang toksin di mana ia akan membantu masalah sembelit, menyingkirkan toksin dari usus dan membantu perlawasan. 

Boleh baca dengan lebih details tentang Hello New You Set dekat entry ni ---> Set Shaklee Paling Saya Suka





Selepas sumai telah mulakan weight loss journey dengan anas, sumai dapat rumuskan bahawa kita semua boleh kurus dengan cepat tapi dengan syarat, kita kenalah tetapkan mindset yang betul dan bersedia untuk mengubah gaya hidup serta tabiat pemakanan kita. Pepatah arab ada mengatakan "Man Jadda Wajada" yang bermaksud siapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan mendapatkan hasilnya atau kejayaan. So, selamat mencuba dan semoga dipermudahkan segala urusan, Aamiin. 


πŸ“ŒFor those yang nak dapatkan Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


πŸ“Œ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami πŸ‘‡πŸ»

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Comments

Popular Posts