5 Idea Juadah Hari Raya Open House
Assalamualaikum and hi semua! Dalam entry kalini sumai nak share lah beberapa juadah yang popular dihidangkan sewaktu open house raya 2023. Ni mengikut pemerhatian sumai lah untuk tahun ni ya. Haa, mana lah tau next year anda nak buat open house ke kan, boleh cuba hidangkan juadah2 yang sedap dan mudah disediakan ni.
5 Idea Juadah Hari Raya Open House
1️⃣ Nasi Lemak
Okay, tahun ni bila sumai pergi open house, sumai tengok hampir setiap rumah ada hidangan nasi lemak! Tambahan pula bila sumai scroll dekat instagram story, tengok kawan2 lain yang pergi open house pon dihidangkan dengan menu nasi lemak. Ada yang sampai rumah ke-5 pon dia jumpa menu ni sebagai menu utama. Pergh, macam pesta nasi lemak pulak kan. Ada yang nasi lemak biasa, ada yang nasi lemak pandan warna hijau dan disertakan dengan lauk pauk seperti sotong masak merah, ayam berempah, udang masak merah dan banyak lagi lah. Alamak, tengah taip ni rasa terliur pulak.
Anyway, hidangan ni memang sangat sesuai lah dengan kita orang Malaysia sebab kita memang suka sangat makan nasi lemak especially for breakfast. Kalau macam sumai dari kecik memang favourite food lah. Dulu waktu sumai dekat asrama, setiap pagi Jumaat dewan makan sediakan nasi lemak. Lepas subuh je line dah panjang uiiii. Memang menu ni disukai ramai tau. Dapat pulak sambal pedas2 manis tu and letak sekali ayam goreng berempah panas2. Memang mengancam betul! Haha, terus tak jadi diet kalau tengok nasi lemak. Memang rasa nak menambah2. Tapi tu dulu la. Sekarang kami dah ambil Set Hello New You Shaklee ni memang boleh dikawal portion setiap hidangan kami. Alhamdulillah.
2️⃣ Nasi Tomato
Haaa, ni menu yang agak common juga la setiap kali sumai pergi hari raya open house. Selalunya nasi tomato ni dihidangkan dengan ayam masak merah dan acar timun. Ada juga yang pair kan nasi tomato ni dengan acar nenas, daging dendeng balado, rendang ayam, rendang daging dan lain2. Yang pastinya menu ni pon sedap sangat2 and mudah nak disediakan. Kanak2 pon suka nasi tomato ni. So sangat sesuai lah dihidangkan untuk open house.
3️⃣ Nasi Ayam
Menu ke-3 ni sumai ada lah makan juga waktu open house walaupun dia tak lah sepopular macam nasi lemak and nasi tomato. Bagi sumai nasi ayam ni mudah nak disediakan and sedap dimakan. Untuk sayur tu kita tak perlu dah nak masak2, just potong2 timun, tomato and sedikit salad. Dah siap. You all jangan risau, kalau nak cari resipi ni memang banyak sangat yang simple and sedap dekat Youtube. Boleh juga tengok resipi Che Nom. Sumai memang follow je semua resipi dia and so far menjadi and sedap pulak tu. Alhamdulillah.
4️⃣ Meehun Soup/Laksa
Okay, kedua2 juadah ni sumai selalu jumpa juga bila pergi open house. Yang ni best juga sebab kadang2 bila kita dah jumpa banyak nasi kan, kita macam rasa nak makan makanan berkuah pulak and rasa ringan di perut. Haaa, selalunya kalau pergi rumah ke-3, memang sumai dah start ambil menu2 macam ni la. Untuk lunch and dinner je kami ambil menu nasi. Selebihnya kita akan pilih makanan2 berkuah gini. Panas2 hirup memang layan.
5️⃣ Spaghetti
Menu ni selalunya sumai tengok orang hidangkan sebagai side dish. Yang famous dengan budak2 berdasarkan pemerhatian saya adalah spaghetti carbonara. Haaa, yang ni kalau pergi open house kebanyakannya memang serve spaghetti carbonara berbanding bolognese. Kalau anak2 sedara sumai pon suka sangatlah carbonara ni. Nak masak pon simple sangat2 lah. Tak sampai setengah jam boleh siap dah menu ni. Kalau kat rumah kami ni memang menu wajib untuk budak2 sebab diorang memang suka sangatlah makan ni.
Minuman Berkhasiat, Tetamu Terpikat
Lepas kami attend kelas dengan Coach Gula, kami memang dah kurang gemar dengan minuman manis atau berkarbonat ni sebab kandungan gula dia mak aihhhh, memang boleh kencing manis. So, kat sini kami nak suggest dekat you all, satu minuman yang best sangat and banyak manfaatnya especially untuk cuaca panas sekarang ni.
Okay, apa kata nanti korang cuba hidangkan Lime Performance Drink ais campur dengan asam boi atau lemon dekat tetamu waktu open house. Haaa, yang ni sumai dah pernah buat tau untuk family and memang semua suka sangat2 and siap tanya lagi macam mana nak buat air ni. I can guarantee lah memang tetamu akan suka sangat2. Lalu dekat tekak tu sejuk2 masam2 manis tu memang sedap ya. In fact, banyak sangat manfaat Performance Drink tau. Nanti you all kena cuba ya. Boleh juga cuba resipi Performance Drink Lemon Lychee Ice Blended macam kat dalam gambar bawah ni ya.
Okay, itu sahaja untuk entry kalini and you all boleh baca juga entry kawan saya tentang Hari Raya Open House di blog beliau. Oh ya, kat sini sumai nak share juga Set Rahmah Shaklee yang tengah Promo Kaw2 ni. So sesiapa yang nak cuba boleh contact sumai sekarang ya.
πFor those yang nak dapatkan Performance Drink atau mana2 Promosi Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya ππ»
π Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami ππ»
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
wahhh menariknya bila tengok juadah open house, sedap semuanya.. jangan lupa ambil set hello new you jugak jaga kesihatan musim perayaan inshaallah kita usaha kekalkan kesihatan keluarga π
ReplyDelete