Adakah Sistem Imun Badan Anda Lemah?
Assalamualaikum and hi semua! Okay, since ramai yang dah mula bekerja dan start persekolahan harini, so sumai nak share tanda-tanda anda mengalami sistem imun badan yang lemah supaya anda boleh mengambil langkah yang terbaik untuk menguatkan lagi sistem imun badan anda dan keluarga. Ya lah, kadang2 kita sibuk sangat dengan aktiviti harian sampai tak sedar yang sebenarnya badan kita ni dah hantar macam2 symptom dan signal sebelum kita jatuh sakit. Haa, badan kita ni sangat efisyen tau, memang kalau ada je yang tak kena dalam badan ni, dia akan respond kepada perkara tersebut. So, amatlah penting untuk kita ketahui tentang tanda-tanda ini.
Source --> Low Immunity |
Selain itu, sejak Covid-19 ni melanda, sumai perasan yang ramai orang sudah mula cakna tentang kepentingan sistem imun badan dan mulai mengambil makanan2 yang dapat membantu untuk kuatkan lagi imunisasi agar dapat mencegah daripada wabak penyakit dan ramai juga yang share tentang healthy lifestyle untuk bantu kita boost our immune system. Alhamdulillah, memang bagus sangat perkongsian sebegini sebab kita harus sama2 usaha untuk jaga kesihatan kita sebaiknya agar dapat mencegah penularan penyakit berjangkit ni dan selebihnya kita tawakal kepada Allah yang Maha Melindungi.
▪️ 6 Tanda Sistem Imun Anda Lemah
Berikut merupakan 6 tanda yang telah ditulis oleh Dr Nadia Hasan, Penn Medicine Physician dalam artikel beliau.
1️⃣ Tahap Tekanan (Stress Level) Anda Tinggi
Stress atau tekanan adalah sesuatu yang normal di mana ianya adalah keadaan bimbang atau ketegangan mental yang disebabkan oleh situasi yang sukar. Ianya berlaku kerana tindak balas semula jadi manusia yang mendorong kita untuk menangani cabaran dan ancaman dalam kehidupan kita dan setiap orang mengalami tekanan pada tahap tertentu.
Jikalau stress kita adalah pada tahap normal, maka kita tak perlu risau. Akan tetapi, menurut laporan oleh Persatuan Psikologi Amerika, stress yang berpanjang akan melemahkan tindak balas sistem imun anda. "Itu kerana tekanan mengurangkan limfosit badan, sel darah putih yang membantu melawan jangkitan. Semakin rendah tahap limfosit anda, semakin anda berisiko untuk virus seperti selesema biasa," jelas Nadia Hasan, DO, seorang doktor di Delancey Perubatan Dalaman.
2️⃣ Anda Seringkali Dijangkiti Selesema
Menurut kajian daripada Centers for Disease Control and Prevention Amerika, ia adalah perkara biasa bagi orang dewasa mengalami dua atau tiga kali selsema setiap tahun. Kebanyakan orang akan sembuh semula dalam masa tujuh hingga 10 hari.
"Dalam tempoh itu, sistem imun mengambil masa tiga hingga empat hari untuk membangunkan antibodi dan melawan kuman," kata Dr. Nadia Hasan. Tetapi jika anda sentiasa dijangkiti selsema atau mengalami selsema yang tidak sembuh-sembuh, maka itu adalah antara tanda jelas sistem imun anda sedang mengalami kesukaran.
3️⃣ Anda Mengalami Banyak Masalah Perut
Tambah Dr Nadia lagi, jika anda kerap mengalami cirit-birit, gas atau sembelit, ini boleh menjadi tanda bahawa sistem imun anda terjejas. Kajian menunjukkan bahawa hampir 70 peratus sistem imun anda terletak di saluran penghadaman anda. Bakteria dan mikroorganisma berfaedah yang hidup di sana melindungi usus anda daripada jangkitan dan menyokong sistem imun.
Jumlah bakteria usus yang rendah ini boleh menyebabkan anda berisiko kepada virus, keradangan kronik dan juga gangguan autoimun.
4️⃣ Luka Anda Lambat Sembuh
Sebagai contoh, waktu tengah memasak kulit anda melecur atau terhiris pisau. Haa, waktu benda ni terjadi, kulit kita akan masuk dalam mod kawalan kerosakan di mana badan kita yang berfungsi sebagai pelindung luka akan menghantar darah yang kaya dengan nutrien kepada kecederaan untuk membantu menjana semula kulit baru.
Proses penyembuhan ini bergantung kepada sel imun yang sihat. Tetapi jika sistem imun anda lembap, kulit anda tidak boleh tumbuh semula. Sebaliknya, luka anda berlarutan dan sukar untuk sembuh. So kalau anda sedang mengalami tanda ni, sila ambil langkah yang cepat agar dapat mencegah daripada kemudaratan yang lebih teruk.
5️⃣ Anda Kerap Dijangkiti
Jika anda sering melawan jangkitan, sistem imun anda mungkin sedang menghantar anda red flag. American Academy of Allergy Asma & Imunologi melaporkan bahawa tanda-tanda kemungkinan kekurangan imun pada orang dewasa termasuk:
• Mempunyai lebih daripada empat jangkitan telinga dalam satu tahun
• Mengalami radang paru-paru dua kali dalam tempoh satu tahun
• Menghidap resdung kronik atau lebih daripada tiga episod sinusitis bakteria dalam setahun
6️⃣ Anda Rasa Letih Sepanjang Masa
Adalah normal jikalau kita rasa letih lepas melakukan banyak aktiviti harian. Akan tetapi, jika anda mendapat tidur yang cukup dan masih mengalami keletihan, ini menandakan bahawa sistem imun anda sedang struggle dan ini menyebabkan tahap tenaga anda juga terganggu. "Itu kerana badan anda cuba menjimatkan tenaga untuk menjana sistem imun anda supaya ia boleh melawan kuman," jelas Dr. Hasan.
๐ Penggalak Sistem Imun
Jika tanda-tanda amaran di atas sudah biasa, anda perlu memberi perhatian tambahan kepada sistem imun anda. Beberapa perubahan gaya hidup dan tabiat baharu secara semula jadi boleh memastikan sistem imun anda kuat dan sihat:
✔️ Makan makanan yang seimbang
✔️ Dapatkan tidur yang mencukupi
✔️ Bersenam dengan kerap
✔️ Cuci tangan anda dengan kerap
✔️ Ikuti perkembangan vaksin anda
✔️ Kekalkan berat badan yang sihat
✔️ Berhenti merokok
✔️ Kurangkan tekanan (stress)
๐Vitamin Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan
Sejak kebelakangan ini, sumai dan keluarga memang akan ambil vitamin setiap hari untuk kuatkan sistem imun badan kami. Ini adalah antara vitamin yang kami ambil dan setelah beberapa bulan pengambilan, kami dapat rasa perbezaan positif kepada kesihatan kami secara keseluruhan, Alhamdulillah.
✅ Vitamin C
✅ ESP
✅ Nutriferon
✅ Hero Kiddo
✅ Sustained Release Vitamin C
Ianya adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung dan diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Untuk pengetahuan anda, Bioflavonoid ni adalah antioksida yang hanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sitrus. Ia berfungsi bersama Vitamin C untuk membantu penyerapan yang lebih baik!
Selain itu, Vitamin C Shaklee ni sustained release di mana ia merupakan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam dan di serap melalui air dalam badan. Jadi, 100mg akan dilepaskan setiap jam dan hal ini kerana badan hanya memerlukan 100mg sahaja setiap 1 jam.
Semua orang ingin kan tubuh yang sihat. Pengambilan Vitamin C amat membantu kerana ia menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selesema yang berpanjangan.
Baca selanjutnya di sini --> Vitamin C Bukan Hanya Untuk Cantik
✅ ESP
BAGAIMANA ESP BANTU MENINGKATKAN IMUNITI
ESP adalah singkatan kpd Energizing Soy Protein. ia dihasilkan drpd protein tumbuhan terpilih iaitu kacang soya yg tidak diubah dari segi genetiknya (non genetically modified organism).
Protein adalah penting untuk membina dan baiki tisu badan dan melawan jangkitan virus dan bakteria. Protein juga adalah sumber untuk meningkatkan imuniti kerana ia membantu sel-sel yang mengendalikan sistem imun.
Asid Amino yg terdapat dalam protein membentuk blok bangunan sel-sel tubuh termasuk sel sel yang menguatkan sistem imun anda๐ฅsistem kuasa imun seperti antibodi dan sel sistem imun bergantung kepada protein.
Protein yang terlalu sedikit dalam diet boleh menyebabkan gejala kelemahan, keletihan dan imuniti yang lemah. So, selain drpd vitamin C sangat penting untuk mengambil ESP bagi membantu menguatkan sistem imun anda.
✅ Nutriferon
Nutriferon berupaya utk meningkatkan serta menguatkan imunisasi badan kita, terutamanya pada musim macam ni, mmg mudah terkena demam, batuk dan selsema dan lagi teruk bila terkena COVID. Jom bekalkan Nutriferon ni sebagai pelindung dan perisai utk kesihatan kita seisi keluarga.
Nutriferon dicipta oleh pakar immunologi Jepun. Ia diperbuat dari biji labu. Kaya dengan zinc. Dicipta untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi untuk menguatkan sistem imuniti di peringkat sel badan kita.
Ini penting kerana bila sistem imuniti lemah atau terkena jangkitan kuman dan virus, akan mudah demam, batuk dan selesema. Nutriferon ni sangat membantu. Kalau anak tak suka antibiotik atau ubat, jgn risau. Nutriferon ni sedap. Diorang pasti suka!
Ucapkan selamat tinggal pada :
❌Demam Batuk Selesema.
❌Hand Foot Mouth Disease HFMD.
❌Chicken Pox.
❌Kayap.
❌Denggi.
Apa ingredients dalam Nutriferon?
✔️Biji labu - Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh
✔️Biji plantago asiatica - Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.
✔️Honeysuckle Jepun - Menentang penceroboh virus dan kuman.
✔️Bunga safflower - Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.
Orang dewasa yang tidak suka makan Vtamin C jenis pil/tablet pun boleh consume dengan anak sebab dah memadai dengan minima keperluan Vtamin C dewasa. Asal jangan berebut dengan anak sudah sebab benda ni comel dan sedap.
Kesimpulannya
Sistem imun badan anda adalah kunci kepada kesihatan yang baik, jadi lebih banyak yang anda boleh lakukan untuk melindunginya, lebih baik. Jom kita sama2 usaha untuk boost imun sistem diri dan keluarga.
๐For those yang nak dapatkan Set Imun Booster Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya ๐๐ป
๐ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami ๐๐ป
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment