Pengalaman Raya Dengan Shaklee

Assalamualaikum and hi semua! Selamat Hari Pekerja dan memandangkan harini dah lebih seminggu since kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi sumai nak share tentang pengalaman sumai beraya di Kuala Terengganu bersama dengan suami, keluarga mertua dan Shaklee. Haaa, Shaklee mesti tak tinggal sebab nak maintain berat badan waktu puasa and Alhamdulillah banyak sangat bantu kami waktu raya ni sebab perut memang jadi meragam bila dah masuk macam2 makanan raya. Nasib baik cukup stok semua, fuh lega. 


Okay, kalau raya tahun lepas sumai busy sangat tolong mak jadi host raya sebab family sumai semua berkumpul dekat rumah mak, maka raya tahun ni sumai dan anas relaks sedikit sebab kami yang pergi beraya ke rumah mertua dan saudara mara. Walaupun cuaca memang hangat lit2, Alhamdulillah, tekak dan badan rasa best je sebab before keluar mesti kami minum dulu Lime Performance Drink untuk maintain hydration dalam badan. Anyway, panas2 pon sempat juga ber-photoshoot dengan adik2 anas hehe. Ada juga kami buat tiktok sebab adik2 ipar memang power bab2 ni. Kami pon seronok je melayan sebab bila lagi nak buat gini hehe. 



Oh ya, raya tahun ni korang masak apa? Macam biasa setiap kali raya sumai akan masak nasi minyak or tomato, ayam masak merah dan acar timun. Memang itu favourite sumai dari kecil sebab dulu2 arwah tok memang selalu masak nasi minyak, gulai daging and mak buat ayam masak merah. Bila dah kahwin dan meningkat usia, rasa macam syukur, happy sangat dan sayu bila berjaya masak makanan yang mak selalu masak waktu sumai kecik2. Syukur sebab banyak nikmat yang Allah bagi, sayu sebab semakin hari mak ayah kita pon semakin tua dan terasa sangat yang hidup di dunia ni sekejap je. Masa berlalu begitu pantas, maka hargailah setiap detik hidup kita. Ehh, tetiba sayu pulak dah haha. 

Nasi minyak + ayam masak merah + acar timun πŸ˜‹❤

Haaa, alang2 dah cakap pasal makanan ni kan, tahun ni first time sumai dan anas terkena sakit perut keracunan makanan. Perkara ni terjadi on our first day raya. Since tahun ni kami yang pergi beraya di rumah sanak saudara, maka sumai pon takda lah masak di rumah. Plan nak masak hari raya ke-2 onwards sahaja. Waktu makan dekat semua rumah2 yang kami kunjungi tu, sumai tak tahulah apa yang tak kena sebab semua rasa sedap je. Hehe. Al maklumlah lepas sebulan berpuasa, kita jadi excited la makan makanan raya ni kan. 

Benda ni start jadi dalam pukul 2 pagi di mana sumai tiba2 terjaga dari tidur sebab perut memulas yang amat sangat. Time tu dah macam ya Allah, peritnya. Pergi ke toilet tapi tak boleh nak membuang langsung. Perut memulas teruk sangat. So, sementara perut tengah memulas tu, sumai pon minumlah ESP dan air banyak2 supaya dapat buang semua yang tak elok dalam perut tu. Waktu sakit perut barulah nak teringat dekat ESP. Alhamdulillah, lepas dah minum semua memang jadi lawas nak buang semua yang tak elok tu. Dalam 3 kali juga la sumai ulang alik ke toilet untuk membuang sampai habis. Fuh, lega sangat rasanya and barulah boleh sambung tidur.

Esok pagi tu, kami cepat2 persiapkan diri supaya perkara ni dapat dielakkan dengan mengawal diri dalam pengambilan makanan bila pergi beraya. Apa yang kami buat adalah pertama sekali minum Cinch + ESP supaya perut ni rasa kenyang dan selesa. Kemudian, kami ambil Lecithin, Omega Guard, Vitamin C dan Alfalfa. Setelah seharian beraya, malam tu pulak kami ambil Herblax untuk detox. Hasilnya, raya ke-2 dan hari2 seterusnya tu perut dah tak meragam dan kami pon rasa senang hati. So, kenapa kami ambil semua supplement ni? Jom kita baca macam mana supplement ni bantu perut kita semasa berhari raya. 




SUPPLEMENT HARI RAYA SHAKLEE 

1️⃣ Lecithin

Lecithin berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive.

Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran. Untuk mengeluarkan lemak yang telah teremulsi, anda memerlukan agen detox iaitu Herblax atau Alfalfa.




2️⃣ Alfalfa Complex

Fungsi Alfalfa ni untuk memudahkan membuang najis, membantu usus dan perut berasa selesa, melawaskan penghadaman, membuang toksin di dalam badan, mengekalkan tekanan darah & bacaan gula dalam darah yang normal serta menurunkan berat badan.

Apa yg best tentang Alfalfa Shaklee ?? 

✅ Bebas dari pestisid, herbasid

✅ Mengunakan baja bebas kimia

✅Proses dikawal oleh shaklee yang sangat ketat dan teliti.

✅Membekalkan nutrisi lebih dari buah-buahan dan sayuran.

✅ Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.



3️⃣ Omega Guard

Omega Guard pula tidak mengemulsi lemak sebaliknya membantu pembakaran lemak-lemak yang termendap. Omega Guard berfungsi menghalang pembentukan lemak dan ini akan meningkatkan kadar  metabolisme dan seterusnya pembakaran lemak berlaku.

Bagaimana Omega Guard membantu pembakaran lemak?

Fungsi Omega 3 adalah :

✅ Melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam, maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.

✅ Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak

✅ Memperbaiki kadar gula dalam darah dan ini memberikan lebih tenaga untuk bersenam

✅ Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.

✅ Pengambilan omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila tahap insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula, maka gula/karbo tak jadi lemak.




4️⃣ Herblax

Fungsi Herblax ni adalah untuk melawaskan penghadaman,membantu melancarkan pergerakan di dalam usus, memudahkan membuang najis, mengempiskan perut buncit dan mengurangkan berat badan. 

Bila raya ni, masalah sembelit ada kalanya melanda so Herblax memang solusinya. Korang wajib cuba Herblax ni okay. Kami time raya ke-4 tu memang ada la sembelit ni so terus telan 3 biji Herblax and esoknya terus smooth je membuang, Alhamdulillah. Herblax ni sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba


Kesimpulannya, bila hari raya ni kita kenalah beringat2 ya ketika menjamu selera. Kalau ada tanda2 sakit perut, ketidakselesaan, susah nak kawal selera makan atau sembelit, cepat2 grab supplement Shaklee okay. 


πŸ“ŒFor those yang nak dapatkan Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


πŸ“Œ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami πŸ‘‡πŸ»

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Comments

  1. Perut tekejut kot makan banyak lauk Hari Raya yg sedap tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts