Ambil Supplement Setiap Hari Selama 5 Bulan : Ini Testimoni Shaklee Saya
Assalamualaikum and hi semua!
Untuk pengetahuan anda, kami dah start our Weight Loss Journey since 1st Jan 2023 dengan Set Hello New You Shaklee. Kenapa kami pilih Shaklee? Haa, sebab saya dah pernah mengalami kesihatan yang teruk pada tahun 2019 dan setelah mengamalkan Shaklee, saya dah kembali sihat dan cergas. Alhamdulillah.
Lepas dah sihat cergas, kami jadi macam lupa diri sikit la, maka pengambilan nutrisi kami pon makin berkurang sebab seronok jalan2 cari makan makanan viral dan sokmo lah coffee date hipstur manis2 leting tu. Lepas tu Shaklee pon kami dah tak konsisten makan sebab rasa macam eh badan dah sihat kan, so sekali sekala je kami makan bila rasa macam nak hiking or nak rasa sihat.
So bila dah tak konsisten, apa yang terjadi? Haaa, for your info, bila badan kita kurang nutrisi, maka badan pun akan bagi signal2 lah dekat tuannya. Mula2 berat badan makin meningkat dan sangat susah nak turun walaupun kami suka pergi hiking. Lepas tu, badan ni asyik rasa cepat letih, lemau, lesu, kerap lapar, kerap pening kepala dan macam2 lagi lah. Untuk saya, setiap bulan ulcer mesti kerap datang dan untuk Anas pula, resdung dia makin menjadi2 bila kami kerap travel.
Nak dijadikan cerita, bermula tahun 2021, Anas punya tempat kerja sangat jauh dan memerlukan dia ulang alik setiap hari lebih kurang 100km++. Keadaan ini juga memerlukan anas menggunakan banyak tenaga dan dia memang jadi makan banyak sebab cepat lapar. Not only that, badan pun mula sakit2 sendi, kerap selesema dan pening kepala. Perkara ni sangat merisaukan kami sebab masalah kesihatan ni semua boleh jejaskan prestasi kerja dia.
Sebagai seorang isteri, mestilah sumai nak support anas dari segi mental dan fizikal. Kesian tengok hari2 badan dia lenguh2 sebab drive sangat jauh. Dah sampai ofis kena keluar pergi site pulak. Lepas tu, bila sumai teman ikut pergi tempat kerja anas hari2, sumai pon dapat rasa kesusahan dia. Syukur sangat sebab sumai dah kerja as digital nomad so boleh buat kerja dekat mana2. Anas pon happy sebab ade peneman time driving beratus kilometer hari2. Tapi masalah kerap sakit tu still ada sebab badan letih hari2 rutin begitu dan makan banyak tak menentu.
Since masalah ni dah terjadi berulang kali, so kami pon muhasabah diri sama2 and check balik gaya hidup, tabiat pemakanan, apa makanan yang kami makan setiap hari, cukup ke nutrisi setiap hari, daily water intake dan lain2 lagi. And bila dah reflect balik, ya Allah semuanya kami FAIL! No wonder lah badan bagi signal2 kurang nutrisi dan kesihatan pon terganggu.
Jadi, pada 31 Disember 2022, kami decide untuk buat perubahan demi kesihatan kami memandangkan Health is the Greatest Wealth kan. So pergilah kami ke Shaklee Shop KB bersama Master Wina dan Master Ibrahim untuk beli supplement asas untuk improve balik kesihatan kami. Sejak dari itu, bermulalah perjalanan baru kami bersama dengan Shaklee. Bismillah.
Saya Ambil Supplement Setiap Hari Selama 5 Bulan dan Ini Adalah Testimoni Shaklee Saya
1. Badan rasa bertenaga
Okay, perubahan ni memang rasa sangat ketara di mana dalam masa seminggu macam tu dah dapat rasa dah. Contohnya, sebelum ni nak buat aktiviti harian pon rasa macam ada hari yang kurang tenaga and then kalau weekend je mesti kami rasa nak rehat and tak buat apa2. Badan tu rasa macam malas2 pon ada.
Tapi, lepas dah ambil Protein Shake (ESP, CINCH) dan Cinch Tea Mix, fuhhh memang rasa best bertenaga je walaupun tengah berpuasa and somehow bila badan bertenaga ni kan, kita pun automatik jadi bersemangat juga. Perubahan ni kami boleh rasakan juga waktu bulan puasa haritu. Sepanjang Ramadhan syukur Alhamdulillah rasa bertenaga dan tak lemau lesu.
2. Badan rasa semakin ringan
Okay, yang ni kita rasa ringan in terms of bila nak buat pergerakan badan contohnya time exercise or hiking. Sebelum ni nak angkat kaki untuk buat brisk walking pon rasa macam berat je or bila dah lama duduk kat sofa pun rasa macam berat je kalau nak pergi dapur ambil air. Now, badan rasa ringan and kita memang rasa effect Leucine dalam Cinch tu di mana dia bantu untuk bina otot sewaktu kita nak kuruskan badan. Haa, so tak de lah lembik je badan ni.
3. Fokus semasa bekerja meningkat
Sebelum ni, kami macam mudah mengantuk dan hilang fokus bila nak melakukan sesuatu kerja especially kalau kerja tu duduk menghadap komputer. Tapi since kami dah ambil cukup protein dan vitamin ni, tahap fokus pon semakin meningkat.
4. Tahap kesihatan semakin meningkat
Lepas dah dapat cukup nutrisi ni, Alhamdulillah dengan izin Allah tahap kesihatan kami semakin meningkat. Kalau sebelum ni, almost hari2 kena makan Panadol sebab kerap sangat pening kepala dan selesema. Sekarang, dah tak perlu ambil pun.
5. Cepat sembuh dan sihat
Okay, yang ni kami perasan bila kami ada dijangkiti demam influenza pada bulan Januari yang lalu di mana kami hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk sembuh dari demam tersebut. Sumai pon perasan waktu musim panas haba haritu, sumai ada dapat ulcer dan dalam beberapa hari je dah sembuh. Apa yang kami buat is bila dah rasa badan tak sedap, terus kami bancuh Nutriferon dan ambil 2 biji Vita-C Plus. InshaAllah sistem imun pon makin kuat dan cepat sihat.
6. Baju dan seluar semakin longgar
Haaaa, yang ni Anas paling ketara la sebab baju dan seluar lama dia tu memang dah muat dan tak ketat sekarang ni. Itu tandanya memang berlaku inch loss bila kami dah consume Set Hello New You ni. Yelah, dalam set tu kan ada Cinch protein shake untuk bagi kita kenyang lagi lama, Lecithin sebagai pemecah lemak, Omega Guard sebagai pembakar lemak dan Herblax sebagai agen detox. Satu set lengkap lah untuk bantu kami turunkan berat badan secara sihat.
7. Boleh kawal nafsu makan
Yang ni pulak ketara untuk sumai la sebab dulu sumai suka sangat craving manis2. Anas pulak susah nak control portion makan dia. Now dah ambil Shaklee Vita-Lea/Vita-Lize, memang sangat membantu kami mengawal nafsu makan kami.
8. Mendapat tidur yang berkualiti
Kalau dulu, memang ada masanya bila otak rasa berat, stress, kami memang akan rasa susah nak tidur and if dapat tidur pon, tidur yang kadang2 terjaga malam tu. Rupa2nya kami dapat tau yang Magnesium sangat bagus untuk bantu kita dapat tidur yang lena. Since then, setiap malam kami akan ambil OsteNutrix 3 biji and Alhamdulillah memang sangat2 berkesan.
9. Badan tak lemau, tak lesu
Bila dah dapat tidur yang lena, kami perasan badan kami pon semakin lama makin cergas dan dah lama sangat tak rasa macam dulu lemau2 or lesu. Alhamdulillah syukur.
10. Emosi semakin stabil
Bab emosi ni sumai perasan sangat sebab dulu bila nak period je, emosi ni kadang2 ada turun naiknya. Lately lepas dah ambil GLA complex and B-Complex, memang ianya sangat membantu hormon menjadi stabil dan mood pon elok je walaupun semakin sibuk dengan business dan urusan harian.
Kesimpulannya, memang banyak sangat perubahan positif yang berlaku kepada kami dari segi kesihatan mental dan fizikal selepas kami mengamalkan supplement Shaklee setiap hari. Semoga testimoni Shaklee kami ini dapat memberi semangat buat anda yang sama2 ingin meningkatkan tahap kesihatan diri.
📌 Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
alhamdulillah syukur banyak tu Shaklee effect Sumai.Keep sharing ya😍
ReplyDelete