Siri Motivasi : Apa Nak Buat Supaya Kekal Istiqamah Selepas Berubah?
Assalamualaikum and hi semua! Bismillahi MashaAllah, rasa macam dah lama tak pergi hiking, so after work semalam Anas bawa sumai hiking Bukit Kluang. Thank you love, Alhamdulillah. Bukit Kluang ni best sebab dekat puncak tu menjanjikan view laut yang sangat2 cantik, Subhanallah. Bolehlah fefeeling healing2 gituhhh, ewahh.. jemput tengok video kami di sini ---> Bukit Kluang, Besut Terengganu
So harini sumai nak share sikit apa yang sumai belajar bila kami start nak ubah gaya hidup dan tabiat pemakanan tahun ni. Boleh baca dengan lebih detail permulaan perjalanan kami di sini ---> Welcome to MyNasShaklee Weight Loss Journey (Part 1)
Okay, pertama sekali, bila kita dah decide untuk ubah gaya hidup atau melakukan apa2 sahaja perubahan dalam diri kita, maka kita kena tahu yang ianya tidak mudah kerana ianya satu perjalanan yang panjang dan perlukan pengorbanan serta komitmen untuk bermula, untuk menyesuaikan diri, untuk merasai pengalaman2 yang baru serta menghadapi ujian yang pastinya berbeza daripada yang dahulu. Haaa, walaupun ianya tidak mudah, anda kena yakin yang hasilnya pasti indah. InshaAllah.
Kemudian, ucapkan tahniah kepada diri anda kerana memilih untuk melakukan perubahan positif kepada hidup anda. Lepas tu, persiapkan diri dan berdoa kepada Allah untuk bantu anda menghadapai ujian kerana ujian pasti akan ada dan berbeza memandangkan kita sedang melalui jalan yang baru. Jangan risau sebab kita adalah hamba Allah, maka Allah akan guide kita.
Tugas kita adalah berusaha, buat kebaikan, bagi semangat kepada diri sendiri serta orang lain. Praktis diri untuk pilih respon yang baik kepada setiap situasi sebab dalam hidup ni tak ada yang kebetulan. Respon yang baik akan menghasilkan result yang baik juga. Berdamailah dengan takdir kerana semuanya Allah izinkan berlaku untuk kebaikan semua hamba2-Nya.
Oh ya, untuk menjadikan perjalanan ini lebih mudah untuk kita istiqamah, setiap hari, kita mesti mulakan dengan niat yang baik, buat semua kerana Allah dan kena doa minta Allah tolong permudahkan semua urusan kita. Sebab kita ni manusia, ada hari rasa mudah, ada hari rasa susah. And it's okay, itu tandanya kita masih bernyawa dan sedang berusaha dalam kehidupan. Fokus kepada semua nikmat yang kita ada, hargainya dan setiap hari tingkatkan lagi kesyukuran kita kepada Allah yang Maha Penyayang.
Kesimpulannya, setiap saat pasti akan berlalu dan tak akan kembali lagi, maka hargailah setiap masa yang kita ada di dunia ini dan usaha untuk jadi diri kita yang terbaik kerana Allah. Ada banyak video2 tazkirah serta podcast motivasi dekat social media untuk kita dengar hari2 supaya kita kekal istiqamah, bersemangat dan dapat membina mindset yang positif. Also, if anda rasa harini tak berjaya, it's okay, cuba lagi dan lagi ya! Never give up!
Akhir kata, Sumai dan Anas doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini dan hari2 yang akan datang, Aamiin ya rabbal alamin. π€²π»π€©
πFor those yang nak dapatkan Set Hello New You atau mana2 Promosi Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya ππ»
π Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami ππ»
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Niat bakal menetukan hala tuju kita..Dan insyaAllah moga niat yg baik n hasilnya jugak baik
ReplyDelete