Multivitamin Shaklee Berwajah Baru
Assalamualaikum and hi semua! Adakah anda orang dewasa yang :
Sibuk❓️
Aktif ❓️
Mengambil diet yang tidak seimbang❓️
Tertekan❓️
Kurang berat badan❓️
Hamil dan menyusu❓️
Haa, jikalau anda termasuk dalam golongan di atas atau anda mementingkan kesihatan diri, maka anda wajib baca entry ni. Sebab harini sumai excited nak share dengan anda semua tentang Multivitamin Shaklee dengan formula baharu! Alhamdulillah, inilah salah satu sebab saya suka sangat dengan Shaklee sebab sentiasa buat kajian untuk keluarkan vitamin dan supplement yang selamat dan terbukti berkesan.
MULTIVITAMIN PERTAMA SHAKLEE |
Oh ya, for your info, Shaklee ni dah bertahan 100 tahun dalam industri supplement dan Shaklee sentiasa mencipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semula jadi. Contohnya, Vitamin C Plus Shaklee yang menggunakan teknologi Sustained Release di mana ia merupakan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam dan di serap melalui air dalam badan. Jadi, 100mg akan dilepaskan setiap jam dan hal ini kerana badan hanya memerlukan 100mg sahaja setiap 1 jam. Haaa bagus sangat kan! Boleh baca lagi details saya cerita dekat sini ---> Vitamin C Bukan Sekadar Untuk Cantik
Apa itu Mikronutrien?
Mikronutrien ataupun lebih dikenali sebagai vitamin dan mineral adalah sangat penting untuk perkembangan yang sihat, pencegahan penyakit dan kesejahteraan diri. Tahukah anda bahawa selain vitamin D, mikronutrien tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan mestilah diperolehi melalui diet. Walaupun kita hanya memerlukan sejumlah kecil mikronutrien, pengambilan jumlah yang disyorkan adalah penting kerana kekurangan mikronutrien boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan diri kita. Antara contoh mikronutrien penting untuk badan kita adalah :
✅ Iron
✅ Vitamin A
✅ Vitamin D
✅ Iodine
✅ Folate
✅ Zinc
Adakah Rakyat Malaysia Mengambil Mikronutrien Yang Mencukupi Setiap Hari?
Okay, part ni sangat menarik sebab selepas saya mendengar Health & Wellness talk by Shaklee Nutritionist haritu, baru saya tahu yang Hasil Kajian Nutrisi Golongan Dewasa Malaysia (MANS) 2014 menunjukkan bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya vitamin dan mineral dengan mencukupi. Jadi, apakah kesan kekurangan mikronutrien ini?
Kesan Kekurangan Mikronutrien
Antara kesannya adalah :
❗️Jari kebas
❗️Denyutan jantung tak normal (kurang kalsium)
❗️Masalah tulang
❗️Perubahan mood (kekurangan Vitamin D)
❗️Lesu
❗️Sesak nafas
❗️Sejuk pada tangan dan kaki
❗️Kuku rapuh (kekurangan zat besi)
❗️Risiko kecacatan kehamilan
❗️Cirit birit
❗️Sakit perut (kekurangan folat)
📢📢 Vita-Lize - Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Optimum
Tahun 2023, Shaklee telah memperkenalkan Vita-Lize yang telah dipertingkatkan dan menggunakan formulasi baharu. Sebelum ini, ianya dikenali sebagai Vita-Lea Iron Plus. For your info, pada tahun 1915, Dr Forrest Shaklee adalah antara yang pertama di Amerika Syarikat mencipta multivitamin dan hasil inovasi lebih 100 tahun ini membawa kepada formulasi Vita-Lize yang juga disokong oleh Kajian Klinikal (Kajian Landmark).
Setiap hidangan Vita-Lize Shaklee membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting. Manakala, 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B. Selain itu, ianya juga menggunakan sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik. Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang optimum, kita disarankan untuk mengambil 2 tablet setiap hari bersama makanan.
Antara kebaikan Vita-Lize adalah :
✅ Mengisi jurang nutrisi
✅ Meningkatkan tahap tenaga, kecergasan tubuh
✅ Menambah baik mood
✅ Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
✅ Membantu sistem memori dan fokus
✅Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
✅ Membantu dalam stimulasi metabolisma
✅ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati
✅ Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
Kesimpulan
Setelah membaca perkongsian di atas, anda nampak kan kepentingan pengambilan mikronutrien yang secukupnya setiap hari. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat, pengambilan 2 tablet Multivitamin Shaklee, Vita-Lize setiap hari boleh membantu anda mempertingkatkan kesihatan diri secara optimum.
Jadi, ayuh cukupkan nutrisi harian kita dan dapatkan vita-lize shaklee anda dengan menghubungi saya sekarang. Boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻
📌 Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment