Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Doa adalah sesuatu yang sangat powerful dan saya yakin ramai di antara kita yang mengamalkan doa2 yang Rasulullah SAW serta para nabi dan rasul ajarkan kepada umatnya. 

Dalam Al-Quran pon ada banyak doa yang kita boleh amalkan. Sebagai contoh, ada satu doa yang kita selalu baca waktu sekolah before mula belajar iaitu doa dipermudahkan urusan dan lisan ketika berbicara yang dibaca oleh Nabi Musa A.S ketika hendak berbicara dengan Firaun yang sangat zalim tu :- 

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى

Rabbisyrah li sadri wa yassir li amri wahlul 'uqdatam mil lisani yafqahu qauli

Artinya: "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku."

Doa Nabi Musa AS menghadapi Firaun tersebut ada di dalam surah Taha ayat 25-28.




Selain itu juga, ada banyak doa yang boleh kita boleh baca untuk tujuan seperti mencari perlindungan, bimbingan, kesihatan yang baik, kejayaan di dunia dan akhirat, dan lain-lain lagi. Umat ​​Islam memang sangat digalakkan untuk sentiasa berdoa dan yakin bahawa doa mereka akan dimakbulkan oleh Allah ya Mujib yang Maha Mengabulkan. 

Okay, saya nak share dengan para pembaca 3 Doa yang saya sangat suka dan bagus untuk wanita amalkan setiap hari :- 

1. Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Dari Anas bin malik yang menyatakan bahwa Rasulullah bersabda:

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul huzna idzaa syita sahlan.

Artinya: “Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang memudahkannya dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit itu menjadi mudah jika memang Engkau kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni)

Doa ini sangat best dan sesuai dibaca sebelum kita memulakan sesuatu pekerjaan dan yakinlah bila kita berdoa, nescaya Allah akan makbulkan. 






2. Doa Berlindung Dari Sifat Malas dan Doa Menghilangkan Kesedihan

Doa ni pon sangat best dan powerful untuk kita amalkan setiap pagi dan petang seperti yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita. Dalam doa ni merangkumi banyak perkara agar Allah melindungi kita daripada sifat malas, takut, resah gelisah, sedih dan doa ni pun Nabi SAW ajar untuk kita baca bila kita nak selesaikan hutang kita. 

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.

Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”

Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”

Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya, ALLAH akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?”

Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Maka baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada ENGKAU dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada ENGKAU dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada ENGKAU dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, ALLAH menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” (Riwayat Abu Daud)




3. Doa Perlindungan Diri

Doa ni pun Nabi SAW ajar untuk kita baca 3 kali ketika pagi dan 3 kali waktu petang agar kita sentiasa dalam lindungan Allah dan terhindar daripada segala kemudaratan pada hari itu. 

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad)




KESIMPULAN

Akhir kata, jom kita sama2 banyakkan berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan kejayaan dunia akhirat. Oh ya, lagi satu doa ni boleh dibuat pada bila-bila masa, di mana-mana tempat, dan dalam apa jua bahasa. So, kalau rasa sukar nak hafal doa dalam bahasa arab, boleh je baca dalam bahasa yang kita selesa okay. Doa ni pun penting supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diterima, dan untuk menunjukkan rasa syukur atas segala-galanya dalam kehidupan kita.

Jom baca lagi doa yang lain di sini --> Doa Yang Bagus Untuk Wanita 


✅ Anda nak dapatkan mana2 Produk Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee? Jom contact saya sekarang. Boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


✅ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Comments

Popular Posts