Vitamin C Bukan Hanya Untuk Cantik
Assalamualaikum and Hi semua! Haa, selalu bila kita sebut je Vitamin C, mesti gambar buah oren yang keluar dekat dalam otak saya ni. Hehe. Lagi satu kan, Vitamin C ni pon selalu dikaitkan dengan kulit yang cantik. Kalau kita pergi facial ke, mesti ada je rawatan dengan Vit C ni.
Tapi, tahukah anda bahawa Vitamin C ni bukan hanya untuk sekadar cantik tau. Ada banyak kelebihan dan manfaatnya kepada tubuh badan kita. Jom kita baca!
Ianya adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung dan diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Untuk pengetahuan anda, Bioflavonoid ni adalah antioksida yang hanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sitrus. Ia berfungsi bersama Vitamin C untuk membantu penyerapan yang lebih baik!
Selain itu, Vitamin C Shaklee ni sustained release di mana ia merupakan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam dan di serap melalui air dalam badan. Jadi, 100mg akan dilepaskan setiap jam dan hal ini kerana badan hanya memerlukan 100mg sahaja setiap 1 jam. So, takdelah pembaziran yang berlaku atau "expensive urine" bak kata Dr Redza.
Malah, ianya sangat sesuai untuk perut sensitif dan tidak akan ganggu sistem buah pinggang. Sebab tu lah sustained release ni berbeza tau dengan vitamin C lain yang larut 100mg sahaja dalam air dan selebihnya larut melalui buah pinggang.
10 Manfaat Vitamin C Shaklee
✅ Meningkatkan fungsi sistem imun
✅ Mempercepatkan tempoh pemulihan dari selesema
✅ Menggalakkan kulit cerah, mengurangkan jerawat dan sunburn
✅ Penting untuk badan menghasilkan kolagen
✅ Menyokong kesihatan sendi
✅ Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil dan menyusu
✅ Membantu pembaikan tisu dan penyembuhan luka
✅ Melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas
✅ Membantu masalah resdung
✅ Menurunkan kadar asid urik dan mengurangkan serangan Gout
✅ Membantu menguatkan gusi dan masalah gusi berdarah
Jom kita tengok pulak kebaikan Vitamin C untuk Kulit Cantik, Ibu Hamil, Berpantang, dan untuk kaum lelaki pon penting ya!
Vitamin C untuk Kulit Cantik
✅ Membantu dalam penghasilan kolagen
✅ Melambatkan proses penuaan kulit
✅ Agen anti-radang dan penyahpigmentasi
✅ Tinggi antioksidan bantu baiki kulit berjerawat
✅ Melindungi dari sinar UV
✅ Kurangkan kedutan, melegakan kulit kering dan kasar
Vitamin C untuk Ibu Hamil
✅ Kuatkan imun badan
✅ Kulit sihat dan cantik
✅ Penyerapan zat besi - mencegah anemia
✅ Pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang
✅ Elak risiko kencing kotor dan jangkitan kuman
✅ Pembentukan kolagen yang jadi bahagian penting dalam salur darah
Vitamin C untuk Berpantang
✅ Kuatkan sistem imun ibu dan bayi
✅ Baik pulih luka dan elak jangkitan lepas bersalin
✅ Bagus untuk kulit ibu
✅ Penting untuk penyembuhan luka selepas bersalin
✅ Pelihara kelenjar dari tekanan dan cedera termasuk kelenjar susu
Vitamin C untuk Lelaki
✅ Beri tenaga
✅ Kuatkan imun
✅ Baik pulih luka
✅ Kulit sihat
✅ Kuku dan rambut kuat dan sihat
Siapa yang perlukan vitamin C Shaklee?
Perokok
- Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin c dalam badan
Pesakit kencing manis
- Kehilangan vitamin c melalui kencing yang kerap
Pesakit kanser
- Memerlukan antioksidan yang tinggi
Ahli sukan yang melakukan aktiviti yang lasak
- Mereka akan banyak kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti ini di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas
Pesakit yang mengalami selsema, batuk, terkena jangkitan kuman
- Semua orang ingin kan tubuh yang sihat. Pengambilan vitamin c amat membantu kerana ia menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan
Mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, kulit kering dan kusam
- Vitamin c penting untuk membina kolagen kulit yang sihat disamping memperbaiki tisu kulit
Mereka yang baru saja menjalani pembedahan
- Untuk mempercepatkan luka pembedahan
Mereka yang makan pil perancang
- Pengambilan pil perancang akan menyerap vitamin c dan mengakibatkan pengurangan vitamin c dalam badan dengan cepat
Kesimpulannya, Vitamin C ni bukanlah hanya untuk sekadar cantik tapi sangat penting untuk seluruh tubuh badan kita. Setuju ke setuju sangat?
📌 For those yang nak dapatkan Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻
📌 Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
#MyNasShaklee #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor #pengedarshakleekualaterengganu #pengedarshakleebesut #blogmegaShaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment