3 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Mulakan Tahun 2023

Sejak beberapa tahun yang lepas, Bisnes Online semakin mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia memandangkan kos sara hidup pun semakin meningkat dan ramai yang ingin menjana side income melalui bisnes online ni since kita hanya perlukan smartphone, wifi, dan social media platform untuk memasarkan produk jualan kita. 

Namun begitu, ramai juga yang masih mencari bisnes online apa yang boleh dimulakan tanpa mengeluarkan modal yang banyak dan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Maka dengan itu, jom kita tengok idea bisnes online yang anda boleh mulakan pada tahun ini.

 



3 Idea Bisnes Online yang Anda Boleh Mulakan 2023

1. Mengajar Kursus Online (Mengikut Kepakaran atau Bakat Anda - Memasak, Melukis, Makeup, Mengaji dan lain-lain)

Sejak Covid-19 melanda ni, selain daripada Work From Home, kita boleh lihat bagaimana pengajaran dan pembelajaran juga telah dilaksanakan melalui online. Selain daripada itu, training industry juga turut terkesan dan banyak training provider yang telah beralih kepada online training juga. Hal ini kerana ianya lebih mudah dan tak perlukan trainer or peserta untuk travel jauh2 untuk hadiri kursus. 

Okay, itu untuk pelajar dan golongan profesional. Tapi, macam mana pulak kita nak mengajar kursus secara online? Haaa, yang ini saya percaya setiap daripada kita mempunyai kepakaran masing2. Sebagai contoh, jikalau anda seorang suri rumah dan anda sangat pandai masak nasi lemak yang sedap atau buat kuih kaswi yang cantik, maka anda boleh buat kelas memasak secara online di mana anda buat Live di TikTok atau Facebook untuk para peserta anda. 

Contoh yang lain adalah melukis atau makeup di mana anda boleh mengajar peserta anda secara online teknik2 melukis dan makeup. Haaa, ramai je orang yang nak anak mereka belajar teknik melukis. Kalau anda ada kepakaran dalam bidang mengaji dan boleh mengajar mengaji, maka memang sesuai sangat untuk anda buat bisnes online dengan mengajar orang mengaji. Selalunya orang dewasa yang sibuk sangat hargai kelas2 mengaji online ni. Boleh tengok ulang2 dan tak perlu susah2 nak keluar rumah. 

Actually banyak lagi peluang untuk anda mengajar secara online sebab semua orang mempunyai kepakaran dan bakat masing2 kan. So why not anda  share ilmu yang anda ada dengan ramai lagi orang dan pada masa yang sama anda jadikan ia sebagai bisnes online anda. 


2. Jual Barang Preloved

Setiap orang mesti ada barang2 yang dah tak digunakan tapi masih lagi dalam keadaan yang elok kan. So, why not anda jadikan ia sebagai bisnes online anda di mana anda jual preloved item ni dekat social media anda atau melalui platform carousell. Haaa, mudah kan, tak perlu keluarkan modal dan tak ada risiko pon sebab barang2 ni semua dah ada dalam rumah anda. 


3. Bisnes Online Shaklee

Nak mulakan bisnes online dengan Shaklee ni tersangatlah mudah. Macam sumai memang automatic jadi ahli Shaklee pada tahun 2019 setelah sumai beli Best Seller Set Shaklee. Sekarang pun banyak promo seperti Set Rahmah yang menawarkan free membership. Bila dah jadi member boleh la start sharing dengan family and friends pulak. Senang kan?

Oh ya, kenapa saya kata tanpa modal? Sebab kita sendiri adalah pengguna tegar Shaklee. Ibarat kita beli produk bagus dekat kedai dan bila pembelian kita mencukupi point, kedai tu bagi kita cashback bonus. Then bila kita promote pula kepada family and friends dan mereka membuat pembelian, kedai tu tambah lagi cashback bonus kepada kita. Uiii, best sangat2!

Dan buat bisnes online Shaklee ni memang takda istilah stok tak habis atau expired sebab kita beli Shaklee untuk kita makan bukan untuk simpan. Lagi satu, memang kita tak akan rugi lah buat bisnes Shaklee ni tapi untung ada la sebab duit pon masuk and badan pon makin sihat! 


KESIMPULAN

Jadi tunggu apa lagi, jom kita mulakan bisnes online sekarang dan kalau anda nak dapatkan mana2 Produk Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee, maka anda boleh je contact saya. Boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


📌 Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023





Comments

  1. Bestnya ada banyak idea bisnes online nie, produk Shaklee pun sangat berbaloi beli makan sendiri pun dapat CASH BACK

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts