Peluang Menarik Insentif Percutian Shaklee

Ramai yang tahu bahawa Shaklee ialah syarikat yang menawarkan vitamin premium, suplemen pemakanan yang selamat dan berkesan, produk kecantikan dan green home products. Selain menjadi pelanggan, ada juga peluang untuk menjadi ahli atau pengedar bersama Shaklee. 

Sebagai ahli, anda boleh menikmati banyak faedah dan dengan menjadi pengedar, ianya membolehkan individu memperoleh pendapatan melalui bonus bulanan Shaklee, yang memberi ganjaran kepada anda berdasarkan pembelian produk pelanggan dan aktiviti pasukan.

Tapi, tahukah anda bahawa Shaklee juga ada menawarkan pelbagai program insentif untuk memberi ganjaran kepada pengedar dan ahlinya kerana mencapai matlamat dan pencapaian tertentu. Haa, seronok kan dengar pasal insentif ni! Antara insentif yang ditawarkan adalah :

Car Bonus
✅ Leadership Bonus
✅ Percutian Shaklee (Regional/International Trip)

Since kami baru sahaja bermula dengan bisnes Shaklee pada awal tahun 2023 ini, jadi kami aim untuk dapatkan insentif percutian Shaklee 2024. Aamiin. 

Seronoknya pergi Osaka Jepun! 


Jom naik Royal Caribbean Cruise 2024! 


3 Sebab Insentif Percutian Shaklee Yang Terbaik

1. Mendapat Tajaan Sepenuhnya Beserta Duit Belanja

Based from pengalaman Master Wina dan ramai lagi pengedar Shaklee yang sudah mendapat insentif percutian ni, memang semuanya dari segi penginapan (hotel mewah 5 bintang ke atas), makanan, pengangkutan, luggage bag, baju sejuk, duit poket dan tiket ke tempat2 menarik semuanya ditaja penuh oleh Shaklee! Jadi, peserta yang dapat tajaan ni tak perlu susah payah untuk sediakan makanan sendiri atau keluarkan duit simpanan untuk pergi bercuti. Seronok kan! 

Ambil aura Master Wina dan Master Ibrahim dulu. InshaAllah kami menyusul nanti. 😍



2. Travel Bersama Keluarga Tersayang dan Team Members

Okay yang ini memang best sangat sebab jikalau kita memenuhi kriteria yang ditetapkan, rupa2nya kita boleh bawa sekali ahli keluarga kita iaitu suami, anak2, mak ayah dan mak ayah mertua untuk sama2 pergi bercuti dengan Shaklee. Tiket umrah pon ada ditaja oleh Shaklee dan kita boleh hadiahkan ia kepada ibu bapa kita. MashaAllah, dah la ditaja penuh, dapat pulak bawa keluarga tersayang. Memang beruntung siapa yang dapat insentif percutian Shaklee ni. 

Lagi satu, kita juga boleh ambil peluang ni untuk raikan kejayaan kita dengan team members (ahli2 dalam kumpulan kita). Kiranya, kita sama2 motivate untuk dapatkan insentif percutian ni dan enjoy juga sama2 hasilnya. Barulah semangat kan!

Saya doa dapat bawa mak ayah pergi Umrah dengan Shaklee, Aamiin. 🤲🏻❤



3. Program Menarik Sepanjang Percutian Telah Disediakan oleh Shaklee

Selalunya bila kita nak pergi bercuti, mesti kita nak kena rancang jadual perjalanan, nak makan yang halal dekat mana, berapa bajet yang diperlukan, kids friendly atau tidak, nak pergi melawat tempat2 menarik, nak pergi menggunakan teksi atau kereta sewa ke dan macam2 lagi lah! Memang memerlukan pelbagai persiapan dari segala aspek. 

Yang bestnya, bila kita pergi bercuti dengan Shaklee ni, sama ada 9 hari ke atau berapa hari ke, semuanya akan diaturkan dan disediakan oleh pihak Shaklee. Macam VVIP tau layanan dan program2 yang disediakan. Banyak saya dengar dan baca tentang pengalaman menarik bercuti dengan Shaklee. 

Sebagai contoh, yang pergi US, dapat melawat tempat research para saintis Shaklee, melawat ladang anggur Muscadine milik CEO Shaklee, Mr Roger Barnett, dan melawat tempat2 menarik seperti Disneyland, Hollywood dan Universal Studio. Manakala yang pergi ke Jepun pula dapat menikmati pergunungan Alps, bertemu dengan saintis yang menemui Nutriferon iaitu Dr. Kojima, seorang doktor pakar immunologi dan macam2 lagi program yang disediakan mengikut tempat percutian anda yang sangat menarik! Bak kata ahli Shaklee yang dah pergi, pengalaman seumur hidup yang tak boleh dilupakan.

Oh ya, program2 yang disediakan juga semuanya sesuai untuk seisi keluarga, dari yang paling kecil sehingga yang paling dewasa. Dah tak perlu nak fikir nak buat apa pada hari2 percutian. Semuanya dah disediakan. Kita enjoy sahaja dengan ahli keluarga dan team members. 

Pinjam gambar Master Wina dan Master Ibrahim untuk kami jadikan inspirasi 💪🏻💪🏻



Kesimpulan

Seronok kan insentif Percutian Shaklee ni dan sangatlah rugi kalau kita tak ambil peluang keemasan ini. So jomlah kita sama2 usaha agar kita dapat layakkan diri untuk dapat insentif ini 2024, Aamiin. Kalai yang nak join juga, boleh whatsapp kami di nombor yang disediakan ini ya. 


✅ Anda nak dapatkan mana2 Produk Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee? Jom contact saya sekarang. Boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


✅ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Comments

Popular Posts