Testimoni Bebas Gastrik Dengan Set Kesihatan Shaklee (New Beginnings Set)

Saya mula mengenali Shaklee sejak tahun 2014 lagi iaitu melalui kakak ipar saya, Master Wina yang ketika itu merupakan pengguna tegar Set Menyusu Shaklee untuk menyusukan anak kembar beliau. Katanya, bukan sahaja meriah susu badan, tapi badan pun tak letih, malah bertenaga dan sihat. Memang sangat membantu beliau untuk menyusu si kembar walaupun ketika itu beliau sangat sibuk dengan kerjaya dan menguruskan keluarga. 

Tapi waktu tu saya masih lagi dalam lingkungan umur 20-an dan waktu tu saya rasa macam "eh saya kan muda lagi, so tak perlu lah supplement ni, badan masih lagi cergas dan sihat". Haa, itulah antara pandangan saya ketika itu. So saya tak berapa cakna dan tak faham sangat kepentingan nutrisi kepada kesihatan tubuh badan. 

Saya just ambil Vitamin C Shaklee sahaja, itupun secara berkala sampailah dah expired vitamin tu. Mujurlah ada mak yang rajin menghabiskan supplement saya. Sekarang ni mak pun dah umur 67 tahun dan Alhamdulillah syukur mak sihat walafiat. 


Throwback July 2019 (time ni dah sihat bebas gastrik lepas consume Shaklee). Dating dengan mak waktu Anas outstation dekat Sabah hehe ❤


EPISOD GASTRIK BERMULA

Pada tahun 2016, saya mula diserang sakit Gastrik. First time kena gastrik ni, memang menangis sebab sakit perut yang amat sangat dan saya tak pernah alami sakit perut yang macam tu. Betul2 pedih perut ni. So dekat situlah bermulanya pergi klinik setiap kali kena gastrik. Oh ya, punca gastrik saya ni sebab selalu sangat skip breakfast and lunch bila dah start sibuk dengan kerja dekat ofis. So rakan2 jangan buat begini ya, sayangilah perut anda. 

Tapi kan, walaupun dah sakit macam tu pun, saya masih lagi buat endah tak endah tentang kepentingan pemakanan dan nutrisi kepada sakit gastrik saya ni. Saya just makan ubat or gaviscon bila gastrik menyerang dan lepas tu kurangkan makan pedas2 je. So gastrik ni memang kerap terjadi lah on off macam tu. Saya pun biarkan je sakit gastrik tu walaupun ianya sangat2 mengganggu aktiviti harian dan waktu bekerja saya. 

Waktu ni Gastric menjadi2. Episod paling teruk 3 hari muntah2 tak boleh makan minum. Saya ingatkan denggi, rupa2nya memang gastric. Last2 doktor cucuk apa ntah saya pun tak pasti dan lepas tu terus okay. But still, every month mesti ada la gastric ni datang menyerang. Sangat mengganggu emosi dan pekerjaan ketika itu. Syukur boss and colleagues semua sangat2 memahami. Alhamdulillah. 


Hari berganti hari, tahun berganti tahun, saya masih lagi hidup dengan sakit gastrik (muntah dan pedih ulu hati tu macam biasa je). Sebab kurangnya ilmu dan awareness, saya masih lagi anggap yang gastrik tak boleh diubati dan buat tak tahu saja bila baca tentang nutrisi dan pemakanan. Tak tahulah kenapa saya sanggup biarkan perut saya sakit macam tu, kesian betul dekat diri sendiri bila fikir2 balik. Sedangkan solusi ada di hadapan mata saya tapi itulah, saya pun tak sangka yang saya sebenarnya telah menzalimi diri sendiri sebab lebih rela membiarkan daripada mengambil tindakan. 

Sampailah pada suatu malam pada bulan April, 2019 di mana saya tiba2 diserang sesak nafas dan ketika itu saya memang rasa macam semua simptom2 GERD tu ada. Rasa sesak nafas macam nak mati je rasa pada malam tu. Tak pernah seumur hidup rasa macam tu so saya ingat sangat perasaan saya ketika itu. Malam tu memang teruk dan suami pon risau sangat2 tapi saya cakap "takpe, esok je kita pergi klinik kesihatan". 

So, esok pagi kami pon pergi la check dekat KK Putrajaya. Dah check ECG semua doktor cakap normal je, tak ada apa yang masalah. So mungkin gastrik biasa dan saya pun ambil ubat biasa tu. Tapi, bila balik rumah lepas seminggu pun keadaan saya masih lagi sama, masih sesak nafas dan mengah2. So kami pergi balik KK dan doktor bagi ubat yang paling kuat. Balik rumah makan ubat ni untuk 2 hari sahaja sebab ubat ni buat saya pening kepala yang amat sangat sampai nak demam. So saya kena stop makan ubat tu dan pergi balik ke KK untuk kali ke-3. 

Long story short, saya ni masih lagi dalam kategori yang tak begitu membimbangkan. Doktor cakap boleh kalau saya nak buat endoscopy tapi bila dia tengok usia saya yang masih muda, maka saya dinasihatkan agar betul2 jaga pemakanan dan ubah gaya hidup agar gastrik ni tak semakin teruk. 



Hampir2 nak jumpa pakar untuk buat endoscopy tapi sumai decide untuk ubah dulu pemakanan dan gaya hidup. Alhamdulillah keputusan yang terbaik buat kesihatanku. 🀲🏻 


Waktu on the way pergi ke Hospital Serdang untuk buat appointment, saya pun fikir2 dan bincang dengan Anas tentang hal ni. Bila dah sampai hospital, saya tengok ya Allah insafnya sebab ramai sangat manusia yang sakit sangat2. 

Kalau nak compare dengan diri saya yang masih boleh berjalan dan bernafas ni (walaupun mengah2 sesak nafas), memang jauh beza. Rasa macam syukurnya ya Allah dan terus doa nak sihat sangat2. So, saya pun patah balik masuk kereta dan bagitau pada Anas yang saya tak perlu jumpa doktor pakar and saya decide untuk fokus kepada pemakanan, nak ambil tahu tentang nutrisi dan ubah gaya hidup. 


SOLUSI DENGAN SHAKLEE

Pada bulan May 2019, saya dan suami pergi ke Penang sebab saya berpeluang untuk bertemu dengan pelajar2 di salah sebuah sekolah sains untuk menyampaikan sebuah sharing motivasi buat mereka. Alhamdulillah, walaupun waktu itu saya masih lagi mengah2 yang teruk especially ketika bercakap, tapi Allah permudahkan semuanya dan lancar sharing tersebut. 

Balik sahaja daripada sharing tu, saya pun ceritalah pada Master Wina tentang keadaan saya. Kak wina pun terus suggest Set New Beginnings Shaklee (gambar di bawah ni lah 1st set Shaklee saya) dan di situlah bermulanya journey bebas gastrik saya dengan Shaklee. Alhamdulillah.


Walaupun tengah sukar nak bernafas (dok hidu minyak cap kapak before start sharing ni), tapi seronok sangat dapat jumpa dengan pelajar2 cemerlang dunia akhirat ni. Allahumma Barik ❤🀲🏻



Syukur sangat bila dapat banyak perubahan positif lepas ambil set ni secara konsisten. Dah tak mengah, bebas gastrik dan makin cergas, Alhamdulillah. ❤


Lepas hampir sebulan ambil set ni, saya baru sedar yang saya dah tak mengah2 dan sesak nafas macam dulu lagi. Gastrik pon dah takda. Allahuakbar, saya rasa bersyukur sangat sebab dah lama saya tak rasa sihat dan boleh bernafas dengan normal macam tu. Suami pon gembira sangat tengok perubahan positif kesihatan saya. Haa, bayangkanlah hidup dengan gastrik ni dah bertahun2 lamanya, memang rasa perit sangat. Rupa-rupanya bila badan dah dapat cukup nutrisi dan saya pun jaga pemakanan serta lebihkan pergerakan, maka badan pon jadi sihat dan cergas. Alhamdulillah.


Conversation on 25th May, bila bestie tanya tentang kesihatan, happy je bagitau makan Shaklee dan jawab dah sihat, Alhamdulillah. 🌿😍


Hobi baru semenjak pindah ke Terengganu 2021 - Hiking! πŸ’ͺ🏻🀩


Starting January 2023 ni, saya dan suami dalam misi nak dapatkan berat badan ideal (BMI normal) dengan cara turunkan berat badan secara sihat menggunakan Set Kurus Hello New You Shaklee. Boleh baca journey kami di sini --> MyNasShaklee Weight Loss Journey Part 1. Mohon doakan agar perjalanan kami dipermudahkan ya, Aamiin ya rabbal alamin. 


PENAJA

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Master Norita atas dorongan beliau untuk menulis blog ini. Saya juga berharap agar sharing ini melayakkan saya untuk mendapat hadiah tajaan daripada Master Norita --> www.anakkuwira.com


✅ Anda nak dapatkan mana2 Produk Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee? Jom contact saya sekarang. Boleh Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


✅ Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami πŸ‘‡πŸ»

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz


#MyNasShaklee

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023






Comments

  1. Alhamdulillah sumaiyyah dam suami dah dapat Shaklee effect, teruskan berkongsi semoga Allah berikan ganjaran diatas perkongsian tanpa jemu, inshaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts