Kenapa Kita Digalakkan untuk Sahur?
Assalamualaikum dan hi semua! Okay memandangkan Ramadhan dah nak tiba, maka untuk entry kalini, sumai nak cerita pasal kepentingan sahur dan kenapa kita sangat digalakkan untuk bersahur.
Topik kalini best sebab ianya berkait rapat dengan my previous entry 👉🏻 Puasa Ganti dan Sahur
Back to our main topic, sebagai umat Islam, kita memang digalakkan untuk bersahur sebab ianya sunnah Nabi SAW. Ada yang suka sahur awal, ada yang terlalu awal sebelum tidur, ada yang suka sahur lewat iaitu sebelum azan Subuh dia berhenti makan dan ada juga yang tak bangun langsung untuk bersahur! Okay, semuanya pon boleh sebab sahur ni bukanlah wajib akan tetapi ianya adalah sunat muakkad, iaitu perbuatan yang dituntut untuk dilakukan (dapat pahala) dan sebaik2 waktu sahur adalah yang dilewatkan iaitu hampir kepada waktu imsak kira2 15 minit sebelumnya (Hamid Addin, 7 Keajaiban Diet Rasulullah).
Best sangat buku ni. Saya pinjam from Perpustakaan Awam Besut 👍🏻🤩😍 |
Untuk pengetahuan anda, sahur ni sangatlah best sebab ada keberkatan dalam bersahur ni seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA sabda Nabi SAW :
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: Hendaklah kamu bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari)
Selain itu, sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas ni, kita tahu yang bersahur itu sangatlah penting untuk seorang mukmin yang ingin melakukan ibadah puasa. Saya juga ingin memetik sebuah petikan daripada laman Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan :
Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: "Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur. (Lihat Fath al-Bari, 4/140)
Selain daripada keberkatan, bersahur ni pon ada banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Antara manfaat bersahur kepada tubuh badan adalah memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh kita serta mengimbangi zat yang tidak diperoleh oleh tubuh selama seharian berpuasa. Jadi, tidaklah kita rasa terlalu lapar atau rasa lemah je tubuh badan sewaktu berpuasa nanti.
Haaa, sebab tulah kita sangatlah disarankan untuk mengambil makanan sahur yang bukan untuk sekadar kenyang, tapi harus juga mempunyai kandungan zat yang tinggi, protein dan lemak yang cukup sebagai contoh telur, daging, ayam dan ikan. Macam mana pulak dengan Dietary Supplement Shaklee, bila nak makan kalau time puasa? Haaa, tu nanti kita cerita dalam next entry okay. Dengan ini kami ingin mengucapkan, Selamat berpuasa semua! 🤲🏻🤩
Sambil tulis blog, sambil baca buku di Library. Alhamdulillah 😍😍 |
Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻
Facebook : Sumaiyah M Zulkifli
Instagram : @sumailee
Tiktok : @sumaimz
Kalau nak borak2 pasal Shaklee pun boleh terus Whatsapp sumai di sini ya 👇🏻
#MyNasShaklee #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor #pengedarshakleekualaterengganu #pengedarshakleebesut #blogmegaShaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023
Kawan muslim saya kata digalakkan utk sahur. Info best ni
ReplyDeleteThank youuu 😍😍
Delete