5 Impian dengan Shaklee

Assalamualaikum and Hi semua! Sementara menunggu Anas di office, eloklah sumai gunakan kesempatan masa yang ada untuk menulis dekat blog ni kan. Semalam hampir2 nak terlambat submit untuk projek Blog Mega Shaklee. Lega sangat dapat hantar within time frame yang ditetapkan. Alhamdulillah. 

Okay, seperti tajuk dekat atas ni kan, sumai yakin semua orang dalam dunia ni ada impian masing2 dan sumai doakan semua yang membaca ni tercapailah impian yang anda ingin capai di dunia dan akhirat, Aamiin. Oh ya, ni sumai nak share 1 tips untuk kita capai impian kita yang bila sumai g training mesti trainer suruh buat which is visualization. Haa, macam mana nak buat ni? Senang je.. hari2 before kita g kerja ke ape ke, ambil sedikit alone time untuk kita visualize impian2 kita. Kena imagine situasi ketika kita dapat capai impian tu, apa perasaan kita, siapa yang kita share kegembiraan tersebut, apa yang kita dengar, apa yang kita rasa dan bagaimana gambaran situasi tersebut. 

Bila tulis ni rasa macam eh, dah lama sumai pon xbuat benda ni. Huhu.. so jom kita sama2 start buat visualization for our dreams and at the same time, berdoa sungguh2 pada Allah yang Maha Mengabulkan segala doa dan serahkan segala impian kita kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Ye lah, kadang2 kita ni macam2 nak tapi kita pon xtau whether impian tu bagus atau tak bagus untuk dunia akhirat kita. So pokok pangkalnya, kita usaha sahaja kerana Allah memang suruh kita usaha dan result tu kita berserah 100% kepada Allah Yang Maha Penyayang. 




5 Impian dengan Shaklee

1️⃣ Impian sumai dengan Shaklee ni adalah untuk membantu diri sumai, annas, family members, kawan2 dan ramai orang untuk mencapai kesihatan yang baik (inshaAllah) agar ramai orang Malaysia yang sihat tubuh badan, sihat mental, dapat pergi kerja dan menguruskan keluarga dengan penuh bertenaga serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya nutrisi kepada tubuh badan kita. Ye lah, bila orang dah dapat rasa Shaklee Effects yang positif ni,  sumai percaya ramai yang mudah untuk melaksanakan ibadah harian dengan senang hati. Secara tak langsung, kami pon dapat pahala juga inshaAllah. 

Sumai ada impian ni sebab dulu sumai pun kurang cakna tentang pentingnya nutrisi kepada tubuh badan kita. Dan sebab itulah sumai banyak mengalami tanda2 kurang protein dan terlebih gula tu contohnya lemah lesu cepat mengantuk, overweight, kerap pening kepala, susah bangun tidur dan lain2 lagi. Sumai ada cerita dengan lebih lanjut di entry ni 👉🏻 Welcome to MyNasShaklee Weigt Loss Journey (Part 1). So, bila sumai consume shaklee ni, belajar pasal nutrisi dan dapat shaklee effects yang sangat best, sumai sangat berharap agar ramai lagi orang yang dapat rasa nikmat kesihatan seperti apa yg sumai rasa. Aamiin.




2️⃣ Next is income 5 angka setiap bulan sehingga akhir hayat, dapat meninggalkan legacy dan income ini diberkati Allah serta melalui income ini, sumai dapat membantu ramai orang. Jack Ma, previously ceo of AliBaba pernah cakap, bila income kita ni banyak, itu dah bukan untuk diri kita sendiri dah, tapi sebenarnya itu adalah amanah serta tanggungjawab kita terhadap sekeliling kita. Khabib Nurmagomedov, one of the best UFC fighters in the world (in my opinion - second to none) ada menyatakan bahawa duit yang banyak boleh membantu kita buat banyak benda dekat dunia ni dan sangatlah penting untuk kita letak duit ni di Tangan dan bukannya di Hati. 

Sumai pon memang niat nak dapat income 5 angka ini kerana Allah so that Allah akan bantu sumai untuk uruskan income ini bila sumai dah capai nanti. Sumai nak bagi mak ayah, mok duit 5 angka setiap bulan dan dapat bantu ahli keluarga yang memerlukan. Sumai doa agar income ini mendekatkan lagi kami kepada Allah, diberkati dan kita semua dijauhi daripada musibah serta perkara2 yang Allah tak redha, Aamiin. 




3️⃣ Yang ketiga, sumai ada impian nak pergi umrah dan Haji dengan suamiku yang tercinta, Annas dan sponsor seluruh ahli keluarga kami, mak ayah dan mok and adik beradik untuk tunaikan umrah dan Haji juga (all fully sponsored menggunakan bonus Shaklee yang sumai dapat). Lepas dah pergi umrah dan Haji, ada rezeki lebih dengan bonus Shaklee ni, nak sponsor pulak family trip sama ada dalam atau luar negara. Lepas tu setiap bulan sumai nak sponsor pulak keluarga pergi holiday dengan keluarga masing2. Haa, sebab kadang2 antara sebab orang xpergi holiday bukan sebab sibuk tapi atas faktor kewangan juga. So, benda ni adalah antara impian sumai dengan Shaklee. Best sangat tengok orang bahagia dengan keluarga, berkasih sayang kerana Allah sehingga ke syurga Firdaus Aamiin ya Allah ya Mujeeb. 


Mak Ayah menunaikan umrah tahun 2022 ❤


4️⃣ Next, sumai nak buka pusat training serta kaunseling dengan membayar khidmat trainer, kaunselor yang bertauliah khas untuk golongan yang kurang mampu. Based on my experience, golongan kurang mampu ni bukanlah pemalas atau pun tak ada impian dan cita2, tapi mereka kurang mendapat exposure, bantuan kewangan, serta kurang tahu where to go, what to do, and how to grab the opportunities in order to achieve their dreams. 

Since sumai pon dilahirkan dalam middle class family, dan ada juga bergaul dengan orang2 kurang mampu dari segi kewangan dan ada juga bergaul dengan yang lahir dalam keluarga yang berada. Jadi sumai nampak perbezaan di situ di mana orang yg ada duit ni, dia ada pilihan untuk dapatkan training atau khidmat daripada pakar2 since dia ada duit untuk bayar semua. Sebab tulah sumai nak bantu ramai orang yang memerlukan training atau khidmat kaunselor secara percuma di pusat training sumai nanti, jom kita sama2 doakan Aamiin. Lagi ramai orang yg sihat mental fizikal, lagi harmonilah kehidupan kita semua di dunia yang sementara ini, dengan izin Allah. 



5️⃣ Yang Kelima ni sumai punya impian dengan Shaklee adalah untuk mempunyai sebuah organisasi yang cemerlang serta fokus kepada mencari keredhaan Allah melalui business Shaklee. Sumai harap semua yang berada dalam organisasi sumai dapat capai impian mereka, dapat income yang mereka inginkan dan sama2 menjadi hamba Allah yang memberi banyak manfaat kepada ahli keluarga serta orang lain. Aamiin ya rabbal alamin. 



Okay, sampai sini sahaja untuk tulisan sumai kalini. Jumpa lagi dalam next entry okay, Selamat berpuasa semua! Allahumma ballighna Ramadhan, Aamiin. 


So for those yang nak join buat business Shaklee  atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664

https://wa.me/60122505664


Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻

Facebook : Sumaiyah M Zulkifli

Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz

 

#MyNasShaklee #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor #pengedarshakleekualaterengganu #pengedarshakleebesut #blogmegaShaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023 








Comments

Popular Posts