Mengapa Perlu B Complex Untuk Kurus?

Assalamualaikum and Hi semua! Harini jom kita borak2 pasal Vitamin B Complex dan kenapa kita kena ambil B Complex untuk kurus. Since sumai and anas memang on a weight loss journey, so topik ni sangatlah sesuai untuk kami juga. 

Previously saya ada menulis tentang set Shaklee yang kami ambil beserta dengan supplement harian kami iaitu B Complex, Vita Lea dan Vitamin C. Anyway, selalu dengar B-Complex untuk kawal stress, mood and sakit kepala. Pernah tak anda terfikir eh, untuk kurus kena ambil B Complex ke? Haa, jom lah kita belajar sama2 ya. 




Apa itu Vitamin B-Complex? 

B-complex adalah vitamin yang lengkap dengan kesemua 8 Vitamin B di mana ianya mengandungi :

✅ B1 iaitu thiamin
✅ B2 iaitu riboflovin
✅ B3 iaitu niacin
✅ B5
✅ B6 iaitu pyridoxine
✅ B12 iaitu cobalamine
✅ Acid folic
✅ Asid panthothenic
✅ Biotin





Kesemua vitamin ini sangat penting untuk menguatkan tubuh badan kita dan melengkapi jurang nutrisi Vitamin B. Vitamin dan mineral ini juga sangat membantu sistem badan untuk lebih bertenaga dan elakkan stress. Hal ini kerana, Vitamin B membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel kita. 

Selain itu juga, ia membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang mencukupi untuk tubuh badan yang sihat. Ini dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang dan organ bayi dalam kandungan. 

B6 pula penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. B-complex juga dapat membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh dan membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. 


Kenapa B-Complex perlu untuk Kurus? 

Buat pengetahuan anda, Vitamin B-Complex ini penting untuk metabolisme berfungsi sepenuhnya. Fungsi utama vitamin B adalah untuk membantu badan anda memetabolismekan karbohidrat, protein, dan lemak, dan menggunakan tenaga yang disimpan dalam makanan. Source : 5 Vitamins and Minerals to Boost Your Metabolism and Promote Weight Loss

Vitamin B juga diperlukan untuk:

✅ kulit, rambut dan mata yang sihat
✅ membantu sistem saraf dan hati berfungsi dengan baik
✅ saluran penghadaman yang sihat
✅ membuat sel darah merah, yang membawa oksigen ke seluruh badan

Thiamin (B1), sebagai contoh, membantu sel-sel badan menukar karbohidrat kepada tenaga. Badan memerlukan thiamin untuk membuat adenosine triphosphate  (ATP) di mana ia adalah molekul yang mengangkut tenaga dalam sel. 

Untuk berjaya menurunkan berat badan dan kurus secara sihat, kita mestilah mempunyai tenaga yang mencukupi agar kita dapat bersenam dan menjalankan aktiviti harian dengan bertenaga. Tak lah asyik tido atau lemah lesu je kan. 

Vitamin B5, juga dipanggil asid pantotenik pula adalah salah satu vitamin yang paling penting untuk kehidupan manusia. Ia perlu untuk membuat sel darah, dan ia membantu anda menukar makanan yang anda makan kepada tenaga. 

Niacin (B3) pula membantu dalam penghadaman yang betul dan selera makan yang sihat, dan penting untuk pembangunan sel. Kekurangan niacin boleh menyebabkan masalah pencernaan, seperti loya dan kekejangan perut. Kekurangan yang teruk juga boleh menyebabkan kekeliruan mental. Jadi, macam mana nak turunkan berat badan kalau ada masalah pencernaan dan kekeliruan mental kan? 

Kesimpulannya, semua vitamin B membantu anda menukar protein, karbohidrat dan lemak yang anda makan kepada tenaga. Jadi, jika salah satu daripada vitamin yang ada dalam B-Complex ini adalah pada tahap rendah, ini bermakna metabolisme anda tidak akan berfungsi dengan baik. Maka, ini akan menjadikan penurunan berat badan lebih sukar. 

Now, kami pun dah nampak dengan jelas tentang kepentingan B-Complex ni untuk kurus. So, jomlah kita sama2 ambil supplement Shaklee B-Complex setiap hari. 






📌 For those yang nak dapatkan Shaklee atau nak borak2 pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus sumai di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻






📌 Jom follow #MyNasShaklee di akaun sosial media kami 👇🏻


Instagram : @sumailee

Tiktok : @sumaimz



#MyNasShaklee #shakleemalaysia #shakleeterengganu #shakleekelantan #ShakleeEffects #shakleeindependentdistributor #pengedarshakleekualaterengganu #pengedarshakleebesut #blogmegaShaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023 







Comments

Popular Posts